DiariHamil : Third trimester,I am ready !

Assalamualaikum and hai ! =)

Dear anak umi, refreshing my last third trimester, I was so excited to see you, son! Umi still macam second trimester sangat aktif bawak perut ke hulu hilir, tapi dah mula cepat mengah. Berat pun dah bertambah, haha. Umi dengan abi still in honeymoon mode, sebab pergi mana-mana kat area JB ni kami pergi berdua. Time ni la nak kasik chance berdua puas-puas. Lepas ni lagi best sebab awak ada !Tak yah pergi jauh-jauh pun, pergi pasar beli ikan pun rasa dah macam pergi dating.LOLOL. Masa ni kami kerap pergi pasar KipMart Tampoi beli barang basah. I miss that moment. Sekarang nak bawak awak macam tak okay kot dengan environment kat situ.

Melaram dah tak kuat lately ni. sebab pakai apa pun macam dah tak lut kat muka.
Kalau ada free time, abi bawak pergi Mall, tengok wayang antara aktiviti yang selalu buat. Paling best dapat tengok citer Beauty and the Beast.weee. Rilek je mak yong dating berdua. Best jadi makyong ni dapat dimanjekan. Rasanya lah. hehe. Menang kerap keluar bila ada masa free. Abi kesian umi bosan. Port kami, Aeon Bukit Indah, Aeon Tebrau, Mydin (beli barang dapur aktiviti wajib), Imadi Petshop, etc


Walaupun masa ni, umi selalu dok sensorang kat rumah, tapi lelama I'm okay and boleh coop dengan environment kat sini. Nasib baik ada Mico. Kucing setia abi. dah 5 tahun teman abi dekat rumah ni. Umi tak dapat bayangkan kalau Mico takde. lagi umi sunyi. Atleast Mico boleh teman bila abi kena kerja malam. Masa dah hujung-hujung pregnant, si Mico ni asek bertenggek je kat perut umi. Mintak digosok kepalanya. macam tau2 je ada baby dekat dalam.

Satu-satunya wedding yang umi pergi masa dah sarat. my bestfriend kahwen, Untie Aween kat Taman Maju, Jasin.

Dah sarat-sarat macam ni pun gigih pergi tengok wayang lagi. memang kuat berjalan betul umi awak ni. Abi melayankan je
 Masa tu ada buat Baby Expo dekat Danga City Mall. Antara tempat selalu pergi jugak dengan abi. Kekadang teman servis laptop atau cari barang rumah. Before ni abi banyak free time sebab kerja 8-8 so banyak free time boleh teman umi. So, dapat lah beli siap-siap barang awak sementara ada sale. 6 months umi dah start cari barang awak dah and peram je kat dalam almari ni. Umi berangan nak buat wadrobe awak.Paling lawak, bila abi tak ada umi asek dok belek je baju-baju awak berulang kali. barang baby kan bau wangi. hehe.

Puas dapat grab macam-macam. Bagus buat list barang apa yang perlu sebab tak over budget
Umi teringin sangat nak abi teman umi dalam labor room. So procedure hospital melaka kena datang kursus kalau husband nak teman masuk. Dah agak terlambat nak daftar. Tapi pergi jugak Hospital Melaka untuk daftar.


last check-up kena minum air gula. Ni yang paling jenuh kalau pergi klinik everytime checkup. hehe. Masa dah hujung-hujung abi bawak balik melaka. dah standby untuk bersalin je. So klinik semua dah tukar kat Melaka siap-siap.


Umi abeskan masa dekat sebulan jugak lar dekat Melaka sementara nak tunggu awak keluar. Abi need to stay kat JB sorang-sorang. and it was our first Ramadhan together, tapi umi and abi tak dapat puasa sama-sama. Abi terpaksa puasa macam orang bujang dulu. makan sorang-sorang. Syahdunya.
 Umi tak berani puasa sebab rasa macam perut pedih je. Alhmadulilah sebelum puasa dapat makan macam2 jugak yang teringin.

Mango float Sungai Putat. Sedappp wehh!

Steamboat Pulau Gadong dengan family without abi. sobs. Happy tummy Alhmdulilah.
My third trimester went so well, Alhamdulilah segala benda dipermudahkan. 9 months was sooo long journey to abi and umi. So many thing ups and down kami berdua berjaya face it. Allah permudahkan your abi, let say umi muntah teruk ke sakit ke, dengan keadaan abi kerja malam, agak susah abi nak kehulu hilir. dengan umi staying at home sorang-sorang. kat area kuarters yang sangat sunyi ni. Bila diingat balik memang banyak benda best berlaku sepanjang 9 bulan mengandungkan awak. Segala benda dipercukupkan even masa ni abi sorang yang kerja. Dapat buat bisnes even tak delah berangan nak setanding Bella Ammara tu. Tak ngidam pelik2. kalau tak puas abi nak cari setiap ceruk. haha. kalau apa nak makan semua senang cari. tapi selera umi sangat besar. I enjoy eating semua benda. Dapat spent time berdua pergi sini sana. Thank you abi selalu bawak jalan.Even tak mintak pun. Benar, time first pregnancy ni lah satu learning process untuk kami, macam mana kami nak persiapkan diri jadi your best parent! Thank you anak umi.

Thanks for reading these entry =)
much love

Comments

Popular Posts