Blog Farah Shahidah: #sayajualskirt : Satin Basic Skirt by EnchantedbyFS

shushivid

03 April 2017

#sayajualskirt : Satin Basic Skirt by EnchantedbyFS

Assalamualaikum and hai !

Dulu, zaman bebudak baru nak up memang keluar pergi mana berseluar jeans. Lebih mudah..match aje dengan tshirt lengan panjang tak pun lengan pendek tapi bercardigan. Teringat jugak masa tu I suka sangat pakai dress bertali kat bahu ala2 amoi tu,then pakai dengan cardigan. Masa tu tengah in jugak. haha.Lol.

Makin lama makin mula nak berisi dek faktor umur meningkat mungkin. Selera, hormon berubah mana tak nya. So, pemakaian jeans, or any seluar bukan pemilihan utama dah. Kena cari alternatif lain. Mungkin tak pada orang lain tapi diri sendiri tak yakin nak keluar pakai seluar. Heh.

Sampai la satu tahap, mula rasa selesa pakai kain di lawankan dengan tshirt or blouse. Seingat dulu belum trend pakai skirt sangat so, nak jumpa skirt2 or kain labuh yang cantik tu jarang la. Kalau ada mahal nau. Tapi kalau cari bebetul banyak je skirt murah2. Lama2 daripada ada satu skirt, bertambah2 koleksi skirt. Seluar jeans yang ada terus dipandang sepi gitu. Walau pun tak banyak mana pun skirt, tapi mula nampak kekerapan pakai skirt makin hari.

Masa tu I rasa pakai skirt adalah lebih selamat. Boleh cover badan. Rasanya la. haha. So berterusan la sampai habis universiti, musim kerja, tunang, and sampai dah kahwin pun sekarang ni, Cuma ada seluar tidur, track-suit pun nasib-nasib la ada tu pun masa tengah layan gym before ni. memang dah stop beli seluar. Perasan jugak bila kemas-kemas almari terjumpa seluar jean tak pernah pakai, tak sempat potong lagi. Rezeki siapa la ni. heheh.

Masa time kerja pun pakaian rasmi adalah seluar, tapi boleh slumber pakai skirt. Punya tak nak pakai seluar kan.

So, lama2 I rasa skirt ni dah macam trademark diri dah. Rasa seronok pulak kalau shopping dapat cari skirt cantik. tapi tu lah biasanya range skirt mahal-mahal. Skirt je pun belum masuk baju. Jumpa murah-murah memang banyak, tapi kualiti kain pulak out ! Ada tu jarang, ketat, kain jenis strechable ikut bentuk badan. Susah jugak nak jumpa yang berkenan kat hati. 

Then, I dapat satu ilham untuk buat skirt sendiri. Berangan sangat ada koleksi skirt sendiri macam-macam color. heh. Macam mana rupa skirt yang kita nak tu boleh dapat dan share dengan orang lain jugak. Mungkin nampak macam tak yakin nak buat, tapi hakikatnya I plan and berangan nak buat benda ni daripada habis belajar lagi. Orang kata kena modal yang besar, Eh tak semestinya. Silap I tak yakin buat sorang-sorang masa tu.

Benda tu jadi bertangguh sampai la kahwin, and preggy. I cerita kan hasrat ni nak dekat husband. Berbekalkan modal simpanan sendiri sikit, Daripada habis macam tu baik invest, plus husband topup sikit, nekadkan diri untuk release my first Basic Skirt ! Pelbagai rintangan hampir makan bulan jugak nak release. Tambah dengan masalah dekat production, nak siapkan pelbagai procedure lagi. tambah dengan tengah mak buyung lagi. Tapi ramai kata rezeki anak. InsyaAllah =)

Nampak macam syok sendiri je kan? tapi percaya dengan rezeki Allah, disamping berkongsi minat dengan orang lain. Memang tak semua suka nak pakai skirt. Ada yang rasa macam bajet-bajet cun je. macam ladies benor pakai skirt. Ada cakap yang jenis jalan bersepah ni boleh ke pakai skirt. memang nak puaskan hati semua orang tak mudah. tapi percaya disebalik suara-suara tu ramai je lagi yang ada minat yang sama macam kita pakai skirt. 

I choose skirt sebab lebih sopan nak gayakan. Macam selamat je pakai, kalau boleh material biar tak panas, and tak jarang. Untuk itu, I release 9 color cantik2 dan senang nak match untuk kali ni. Later, I will publish the list of skirt in next post ya !
#FlowyCutBasicSkirt

#BasicSkirtACut
For more info OR nak try cuci mata boleh LIKE FB Enchantedbyfs atau FOLLOW INSTAGRAM EnchantedbyFS

Apa yang best for offer kali ni :-

>>>Harga RM59.00 SAHAJA TERMASUK POS.
>>> Setiap pembelian, akan dapat additional 15% OFF untuk next pembelian
>>>Boleh SHARE gambar OOTD dan menang giveaway untuk pembeli bertuah.

Do support me ya, boleh la beri komen-komen yang bernas atau any idea untuk perbaiki my first release kali ni. I do accept any comments dengan hati yang sangat terbuka ! Seriously!

Thank you for reading this entry !




2 comments:

  1. pemakaian skirt labuh ni dah jd trend skrg terutama students kat kolej sy blaja dulu. semoga bisnes semakin maju & berkembang, ameeen 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang mencuba nasib.. insyaAllah i'll try my best

      Delete

Comment please =D Thank you ^^

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign