Blog Farah Shahidah: February 2017

19 February 2017

Review : Barang Ikea yang best!

Assalamualaikum and Hi

Last time, I pergi Ikea Damansara dengan husband memandangkan dia belum penah pergi Ikea. Sesaja cari time nak pergi after selalu dengar member dok bercerita barang beest Ikea. Mihmih.  I dah penah pergi masa stay in KL ,2014 dulu. So dengar cerita dah ada Ikea Cheras.  Tapi orang kata Ikea Damansara lagi Best.  Tak tau la kan. Hehe.

Port paling lama. Cari lampu

Jalan punya jalan benda pertama mesti lah kena tengok show room dulu.  Cari idea nak cari barang apa.  Baru last nanti grab the item terus bayar. Haha. Alang-alang stay satu malam lagi kat situ,  we decided survey dulu besok datang balik baru beli. Jom pekena ikea meatball dulu.  Yeay.

Esok kita datang lagi ya.

Belum habis survey, Ikea dah nak tutup.  So esoknya tora datang lagi.  Heheh.  Actually tak tau nak beli apa.  Cuma cuci mata. Nasib la kalau ada benda best beli la. So here,  antara benda best yang berjaya we'all grab....

Stand Lamp 
sumber : google. padahal beli warna hitam LOL

Husband sangat suka survey lampu.  For him lighting cantik dah boleh buat satu area tu nampak cantik.  So dia berkenan kat satu lampu panjang ni.  Plan letak dekat ruang tamu . Tak pun dining area.  Feeling romantik gittueew.

Lampu tidur
sangat membantu, bila tengah malan nak bangun pergi toilet

Lampu tidur harus kena cantik. Tak dapat sepasang pun,  satu pun cukup.  So we decide amek yang pattern gini. Nampak cam unik. Bila petik suis serious nampak cantik sebab corak dia reflect kt dinding.

Drawer cabinet
suka kaler putih, sangat useful

Memandangkan kabinet dapur kami tak ada drawer yang boleh simpan  makanan kering,  finally terjumpa this rack.  Nampak sangat applicable. Sebab ada drawer and kecik. Muat masuk dalam kabinet.  Boleh la simpan stok barang dapur kering.

Bunga bunga Ikea

suka pasu putih

Before keluar dari Ikea harus lah grab satu dua jenis bunga kat Ikea ni buat hiasan dalam rumah. Pandai betul orang Ikea ni letak benda2 mcam ni last before pergi bayar supaya boleh teragak2 eh nak amek ke tak macam lawa je kan kan.

Kuali Ikea
i loveee this kuali, tak payah pakai minyak sangat
Biasa orang beli pinggan mangkuk Ikea,  tapi kami dok cari kuali.  Heheh.  Teringat kat rumah tak ada kuali besar,  memandangkan bila family ramai datang,  nak goreng kuantiti banyak tapi kuali sederhana je kami ada. LOL.

Food Plastic Storage 
Banyak boleh guna, simpan buah, sayur-sayur,

sumber : google

Ni pun antara benda best jumpa.  Sebabnya kaler purple. Haha.  Tak adalah.  Actually, kalau nak stok barang dapur lama bertahan dalam fridge patut simpan dalam plastic.  Biasanya I simpan dalam tupperware plastic.  Tapi bila dah jumpa plastic ni senang sikit.  Ada besar and ada kecik.  Siap ada seal lagi. So segala buah,  sayuran boleh simpan dengan fresh lagi.

Tu la antara barang yang we think menarik we'all beli.  Dengar cerita Ikea Tebrau,  Johor pulak nak bukak tak lama lagi. Boleh la kiter kerap pergi Ikea lepas ni.  Haha. Bestnya barang Ikea ni,  kalau beli banyak tak perlu nak pakai lori segala. Sebab semua jenis pasang siap. Bawak balik terus pasang sendiri. One more thing ,it's more practical. Tak banyak makan space. Creative.  And easy to use. Nanti review lagi pasal barang Ikea ya!

sesi memasang kat rumah. Spot Miko yang buat-buat sibuk orang tak hirau dia.

.Thank you for reading this

18 February 2017

DiaryHamil :Pengalaman My First Trimester


Assalamualaikum


Actually umi dah pun melepasi trimester pertama yang agak mencabar sedikit. Tapi syukur Alhamdulilah okay lagi sebab pernah dengar jugak ada yang kena lebih teruk daripada umi. Pernah rasa haih cepat la masa berlalu.. Sebab umi tahu, tak mudah nak pastikan anak umi ni ok atau tak since you're still fragile lagi. Ramai dok nasihat jaga baik-baik tapi sometime umi pun tak sure nak kena jaga macam mana. Maafkan first time mommy ni. wuwuwu.

So of course ada la beberapa symptom2 sepanjang trimester ni yang some tak sedar mahupun sedar. Bila jadi pape kat diri umi, umi banyak refer kat internet. Tu la cikgu umi sepanjang dok johor ni. Kekadang abi selalu ingatkan jangan ikut2 sangat apa yang dibaca takut jafi mind set terus. Tapi umi just nak refer. Eheh. Okay ni antara symptom2 yang umi perasan la..

Cepat lesu dan mudah mengantuk

Ni tak bohong. Memang rasa lemau je padahal pagi lagi. Rasa nak je tidur balik. Buat kerja sikit rasa penat. Tapi umi gagahkan diri jugak sebab need to masak kan your abi. Buat some of basic kerja rumah. Nenek pun pesan, jangan tidur tengahari nanti anak malas je. So kalau nak tidur sangat lepaskan zohor tu umi will take a nap.

kudap-kudap feveret umi ketika ini. Kacang pistachio and coklat. nak kasi awak jadi baby yang riang and cerdik
Tak tahan bau masak and tak suka masuk dapur

Masa umi baru kahwin with your abi, umi excited nak masak kan abi. Umi memang suka masak pun. Hari2 plan nak masak apa. Tapi bila mula mengandungkan awak, umi prasan makin hari umi makin rasa tak berminat masuk dapur. Masuk pun sebab kena jugak masak kan abi. Tak sampai hati abi makan kat luar. Tapi umi akan masak laju2. And masak simple2 je. Pastu bila hanya abi je yang akan makan. Umi teman sambil minum milo je.hehe

Kurang selera makan.

Yang ni umi prasan kalau orang lain masak or makan kedai, umi lalu je tekak ni. Tapi bila part makan apa yang umi masak macam tak berapa nak lalu.mungkin sebab da tak tahan bau masak dok dapur kot. Tapi kekadang umi cuba juga makan sikit2. Bila orang nasihat makan, kesian baby nanti.

favourrite drink umi. CALPIS. pantang nampak mesin automatik jual air tu. mesti usha air ni

Favourite perisa.
Suka sangat makan benda manis

I'm not sweet addicted. Bukan jenis makan manis all the time. Kalau makan pun sikit2 je pastu cepat jemu. But this time umi cepat rasa kecuh and meleleh je rasa bila ternampak gambar makanan manis. Satu hari tu, ex schoolmate umi jual cheese tart kat fb. Hari2 browse mesti nampak die post. Umi sabar jee sampai la balik Melaka umi order terus.hehe. Benda pertama umi ngidam waffle coklat + peanut. Hehe.  Memanjang nak buat air manis je.

Lepas asek dok view fb je. dapat jugak cheese start sedapp ni.!

nenek beli kan sebab umi tengah kuat makan manis
makan manis lagi..
Mengidam benda yang senang cari.

tetiba poppp. teragak nak kuih denderam
Tak tau la memang mengidam or teringin. Tapi so far apa umi teragak nak makan tak pelik2 pun.  Senang la nak dapat.  Contoh nak sangat makan steamboat tapi yang jual pakai lori. Rendang Azwan Ali pun ada tau.  Nasib baik boleh buat delivery. Gatai tangan pi stalk IG dia sapa suroh. Hehe.
Alhamdulilah,  my first trimester went so well.  Siap umi pergi berjalan kat Langkawi lagi dengan family abi. Risau jugak sebab even dah hujung first trimester.  Tapi awak good.  Sangat kuat anak umi. Nasib baik tak ada pape.  Umi risau sangat  sebab ada naik boat keliling pulau. jalan non-stop lagi. Memang akui umi agak lemau kekadang  tapi cuba tak nak layankan.  Bila nak masuk second je terus rasa ada perubahan drastik.  Terus rasa segar bugar je.  I'll update more ya!  

Love you,
Anak umi & Abi.

17 February 2017

Kenapa pilih Fully Housewife?

Assalamualaikum and Hi!

Sedia maklum yang I was married 26/8/2016. And after married,  I decide ikot husband pindah JB since dia dah 5 tahun kerja sana. After some argument dengan majikan and kengkawan tempat kerja yang berharap I terus kerja.  Yep memang sekarang susah dapat kerja. Tapi I nampak ada baiknya I follow daripada stay. Buat apa kawen if ada pilihan untuk ikot tapi tak ikot. Rezeki InsyaAllah ada dimana-mana.

So plan asal memang ikot pindah Gelang Patah,  sambil tu terus cari kerja. Orang kata kerja kat JB senang dapat. Tapi dalam pada mencari kerja tu , datang pula rezeki lain,  rezeki anak. alhamdulilah. Memandangkan awal preggy ni,  macam agak susah sesebuah co.tu nak terima ibu mengandung ni,  so husband ask me to stay at home. Sebab husband kata dia senang hati sangat bila balik ada orang sambut depan pintu. Makan minum terjaga.

Cuma kasihankan takut I bosan stay sorang kat rumah bertemankan kucing2 ni ha. Memang akan ada orang bertanya setiap kali balik,  i dah kerja ke belom?  Habis dok rumah tak bosan ke?  Buat apa je? Lol. Semakin ramai concern kat diri ni mengalahkan husband I.  Orang mungkin akan rasa kita tak cukup belanja sebab hanya sorang menanggung. Terima kasih atas keprihatinan some people. Tak ada isteri yang ingin memberati suami dan tak ada isteri yang mahu bergantung penuh saja kat suami,. That's all. Tapi husband rileks je akan jawab,  biar lah lepaskan bersalin dulu.

Need positive vibes only !
Memang memilih untuk jadi fully housewife ni memang kena kuat mental fizikal. Lagi2 kau ni ada certificate. Lagi orang akan pertikaikan. Tapi people akan terus bertanya tapi yang hidup nya kita.  As long kita and husband tau apa yang terbaik untuk hidup kami pun dah cukup da. Memang plan jadi berubah bila pindah sini.  I pun dah buat decision, I akan buat plan lain like work from home after this. And ada la beberapa plan tengah diusahakan sekarang ni.  I need to do this bila fikirkan after this kalau I decide nak jadi full time housewife. Lepas ni ada anak pulak. Berat hati nak hantar pengasuh yang belum tentu kenal siapa.

Doakan segala plan kami dipermudahkan. And i would like to prove even tak kerja Ofis hour like before,  i can manage my family well. Ikotkan ramai lagi isteri yang graduated memilih untuk work from home so I tak nampak pun benda ni satu yang worse. Just I need to work smart. Membahagikan masa family dan kerjaya. and I would like to prove even sudah berkahwin I still can I achieve what I want in my life and masih boleh membina kerjaya, balas jasa ibu dan bapa. InsyaAllah.

my dream. ambition. future.

PS : Currently busy in set up my new clothing line business. Doa segalanya dipermudahkan. InsyaAllah. Will sharing these. Stay tunes.

Thank you for reading these.


07 February 2017

Makan ala grill kat Street BBQ, Perling JB

Assalamualaikum and Hi !

Antara benda yang I suka makan bila keluar ialah benda yang panas2. Rasa puas makan benda yang fresh terus masak. Antaranya macan steamboat tak pun grill. That's why suka makan dekat Seoul Garden sebelum ni kalau dah rasa nak melantak beriya sangat stress lepas jawab exam. hee. Puas makan la sebanyak mana pun. Boleh grill pelbagai perapan daging dan jugak masak steamboat dengan pilihan sup yang sedap. Selain tu, ada jugak restoran lain yang buat ala2 Seoul Garden ni macam kat Api-Api, Bakar-Bakar, Kapten Steamboat dan banyak lagi.

Tapi ada satu ni I nak share, konsepnya grill jugak tapi bukan restoran ya. Ala hawker food truck gitu. Sangat cool and santai this idea. Boleh la pergi makan dekat Street BBQ kat area Perling, JB. Betul2 berhadapan dengan Dominos Pizza. Kedai ni buka waktu malam. Membe husband suggest this place. Sebelum ni pernah datang tapi tutup. Haha.lol

tak dapat nak view dekat.. sebab dok jauh sikit. see? konsep ala food truck
Style makan kat sini, korang boleh pilih menu daging apa nak makan. Semuanya dah ada tag harga. Ada perapan ayam, kambing, udang, daging lembu, sayuran, and etc. Cuma pilih letak dalam dulang, and the staff akan bakarkan untuk korang. So, makanan yang dah korang pilih tu dah siap kira kan sekali. Just wait kat meja, mereka akan hantar,tunggu masa nak makan je.haha.

tak banyak tapi pilihan daging tu pelbagai.


Ada pilihan sos yang pelbagai jugak. Selain tu, korang boleh pilih nak sup tulang ke, nasi goreng as sampingan. Pencuci mulut jugak ada. Untuk minuman boleh terus order, sama ada nak panas atau sejuk. Seriously bekas air dia besar. Mau kembung air.haha.

lepas dah pilih. boleh letak kat grill station. kasi brader ni bakar kan dulu..

sementara tunggu air and makanan siap, boleh la siap2 ambil sos dulu. macam2 sos ada.

hamek jangan tak hamek,

port bakar membakar..

taraaa.. sebahagian yang dah siap

tambah lagi yang dah siap

okay dah dapat semua. boleh terus makan. konsep sini hantar separuh2. so sambil tu boleh terus layan makan satu2.
Makan kat sini is okay for me yang mana lebih open air. Sempoi je and yang penting sangat mengenyangkan. Harga agak ok dengam portionnya yang besar. Perapan dia pun sedap. Cuma biasa la, belum makan lagi, nafsu besar sikit. Tangan tu sedap je ambil itu ini. Bila tang makan dah bersandar .haha. Kami siap tapau lagi bawak balik. Sebab dah tak larat sangat da.
So korang nak yang tak pernah tau kewujudan tempat ni, boleh la nak try makan kat sini ya kalau berada kat area berdekatan ni.

Street BBQ
378,Jalan Simbang, Taman Perling,
81200 Johor Bahru

FACEBOOK : Street BBQ Perling
thank you for reading these,,

06 February 2017

DiariHamil : my first pregnancy

Assalamualaikum to my dear, anak umi,

Umi rasa I need to do this.. Kalau boleh satu pun pengalaman manis lahirkan awak tak hilang macam tu. And this is our journey, you and me. After umi and abi married, we straight pegi honeymoon kat Bali. and balik dari bercuti, umi terus ikut pindah JB, segalanya terus berubah dalam hidup umi. Kerjaya, family dan tempat tinggal, Tapi, umi was very happy mulakan segala benda baru dengan your abi. Alhamdulillah. 
first day pindah JB. 
After married, semua pasangan nantikan penyeri hidup mereka. We also. Pada mulanya ibu terdetik mampu ke umi bunting pelamin, ceh. Tapi abi, always remind me, ada rezki kami, adalah. He dont want me terlalu berharap takut mudah kemurungan. It's normal, bila lama sikit people mula tanya pulak bila nak ada anak, So umi cekalkan hati and sangat percaya rezeki Allah itu ada and umi just follow the flow. Walaupun  abi selalu berseloroh dengan umi, Bila umi pening kepala sikit, "haa..tah2 mengandung"LOL. sukanya abi melawak dengan umi waktu tu, last2 masin mulut abi. haha

3.10.16 -mulanya umi demam kuat, kepala berat. mungkin dah tanda nya. thanks abi and Miko jaga umi,,
Actually at first masa baru tahu pregnant, umur awak baru 4 minggu, itu pun sebab umi cek sendiri dekat rumah tanpa pengetahuan abi sebab abi tengah keje.hee. Umi berdebar betul bila nampak double line dekat pregnancy test tu. I was so excited. Dalam masa yang sama macam tak percaya. Umi tak sabar nak tunggu abi balik malam tu.

7.10.16 -first test using pregnancy test kit. nampak line tu kabur pada mulanya...

makin lama makin pekat maka terhasil la double line tu, gigil lutut umi,. hehe
Malam tu abi balik kerja, puas umi dok fikir macam mana nak kasi surprise kat abi. Belom sempat fikir, abi balik awal sebab malam tu nak pergi main futsal. So umi cecepat masuk bilik ambil pregnancy test and masa nak salam abi yang baru balik kerja umi letak test kit tu kat tangan abi. Your abi was shocked. Hehe." Eh ape ni?" Umi mampu tersengih sajor. Hehe.

Abi happy plus macam tak percaya. Puas abi panjatkan kesyukuran.bagi kami syukur atas nikmat awal yang Allah beri ni.benar aturan Allah itu, mungkin dengan kehadiran awak jadikan kami lebih matang walaupun adakala nampak belum bersedia.

9.10.16 -ramai nasihatkan pergi terus buat buku, then pergi la kat Klinik desa berdekatan. tapi dorang cakap
awal lagi untuk buat buku pink
umi jumpa doktor swasta nak sahkan kehamilan dekat area Pekan Gelang Patah. tapi sayang doktor tu tak scan mahupun buat lagi sekali urine test. cuma bagi konsultan saja,LOL
16.10.16 -Last umi pergi Klinik area Nusatanra. untuk scan dapatkan kepastian. Suddenly I saw your kantung cinonet saja.
Syukur Alhmadulilah. baru lega and yakin umi hamil.


It was the best news dalam hidup umi. Jauh lebih gembira daripada segala benda kat atas muka bumi ni. Allah telah lengkap hidup umi and abi. InsyaAllah umi will try to compile everything dalam blog kesayangan umi ni supaya one fine day you'll read this. Zaman umi abi takda benda ni.hehe.

22.10.16 -I bought this one also, to record all important moments. Even sometime ada terskip.

Love you anak umi abi,

Sambut Birthday Husband kat Big Food JB

Assalamualaikum and Hi!

Ini entry while celebrating my husband's birthday on 24th Sep 2016..

Sebelum kahwin, dah ada plan dah nak celebrate birthday husband nanti macamana. Tapi we just plan. Lepas kahwin rasa plan tu tak berapa nak jadi. Agak buntu nak celebrate macamana. Wink wink.I ingat nak set up everything kat rumah. Tapi satu apa pun tak cari. Masa makin suntuk. The day before his birthday, I fikir punya fikir, at last google je apa tempat menarik kat JB ni yang boleh jadi port Birthday. Nak hire surprise planner tak sempat dah.

I jumpa banyak belog cakap port makan best yang boleh set up birthday dekat BigFood Restaurant. Ada nombor phone. And I try la mesej tanya apa pakej ada. It's good the staff sangat cool berbalas what'sapp walaupun I asek balas lambat. Sampai la besok on that day pun belom confirm lagi. Hehe. They said boleh setup birthday only RM50 per deco with setup table, balloons and pilih kaler tema.
Untuk kek boleh order whole cake or even slice. Tapi sebab dah lambat order. Dia boleh kasi kek mana yang ada je. Untuk makanan pula boleh order time datang nanti. Actually BigFood ni sekali dengan Bakes & Petals. Actually sebelah2. Kalau makan kat Bigfood boleh order kek dari kedai Petals.

Then misi bermula on 9pm. Datang terawal la pulak. Haha.Padahal dah pegi tengok Train to Busan da. So sementara nak tunggu timing pukul 9, lepak dalam kereta. Husband kata tak pe la masuk je la. Adehh. Last2 nekad je masuk awal sikit. Finally sesampai dah already setup. Nampak ha belon2 biru..Alamak tetiba segan pulak nak masuk. Orang tengok.mihmih. Husband was terkejut omaigodd. Dia tak expect I plan cenggini actually. Siap kata tak mintak susah2 buat camni. Tapi tak susah mana pun. Bagi I tak seberapa pun kita buat ni nak bandingkan dengan all his sacrifices..hee. 

baru sampai.

First thing nak share menu kat sini. Even dok kat baker and petal, boleh jugak order menu dekat Bigfood. Kalau dok kat Bigfood boleh juga order kek dekat Bakes and Petals.. So we all order spagetti Bigfood.. Taraaaa...pinggan bosa bonaaa haaa.. berbaloi-baloi..!

ni yang I order

ni yang husband order

Husband ingat ni je surprise yang ada. Dia tak tahu ada lagi tu.. Hehe..
Sambil tengah2 makan.. Tetiba taraaa.. Staff cafe tu bawak kek sambil bukak lagi "Happy birthday". Lols. Terkezut asben. He told me, this was the first time celebrate birthday macam ni. Haruslah. Sekarang da dengan wife. Kena la celebrate lain sikit.mihmih.

HAPPY BIRTHDAY DEAR ! Dia terasa macam kanak-kanak ribena pun ada.huahua. layankan jela isteri mu ini
Alhamdulilah plan menjadi.. Thank you sesangat kat owner cafe ni yang gigih berwasap dengan kiter. They made my day! Really appreciate sesangat. Yang penting husband happy. Walaupun ulang2 dia dok cakap dia tak mintak kiter buat ni semua. Tapi I really want to do this.suka2 and just want to appreciate everything he done to me. Before balik kasi tapau makanan tak habis and kek yang comel itew..

Thank you Big Food and Bakes & Petals. Highly recommend this place!
Makanan sedappp and portion banyak. Harga tersangat affordable. Kedai yang cantik and selesa.

Boleh review their IG : bigfoodfnb
Can book by contact no : 017-7388790

Thank you for reading these.
Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign