Blog Farah Shahidah: January 2017

26 January 2017

Tips pergi US Singapore Trip !

Assalamualaikum and Hi!

Haritu,  my husband and kawan baik dia, Faris merangkap jiran depan rumah kami ni plan pegi trip ke Universal Studio Singapore. Dua couple la maksudnya. Tapi si Faris and his wife bawak sorang anak dorang,  Irine. Kita pergi bawak baby dalam perut sajor la. Hehe.  "Masa ni I'm 20 weeks!  Setakat ni hanya we'all je yang jadi pergi.. Thank you husband bawak mak buyung ni ha jalan2. And it was my first time pergi Singapore!
macam satu kewajipan amek gambar kat Globe ni. mihmih
So here,  nak share sedikit sebanyak if ada sesiapa nak pi trip ke USS ni..  So far harga boleh diterima akal lagi la.  And it's worth sebab berbaloi la dengan semua benda yang ada kat dalam tu.
Beli tiket sekali dengan pakej transport.  Senang. Dalam RM 215. Means akan ada bas amek semua kat satu tempat.. Then terus bawak pi Imegresen Malaysia,  then Imegresen Singapore ke USS terus.. Macam hari tu kami kumpul dekat Tune Hotel,  JB.  So akan ada tour guide dalam bas akan pesan do's and don't bila da kat Singapore nanti.

sebelum naik bas harus amek gambar dulu depan Tune Hotel. nanti senang la tour guide tu nak cam muka kalau
anak buah dalam bas dia hilang,hehe.
Dalam bas otw ke USS. Sihat muka mak buyung dapat berjalan, Tema kali ni Electric Blue. pergi memana manjang baju kena sama kaler dengan husband. Trade mark kami. Hehe
Tips : Masuk je entrance USS ni, korang boleh amek maps yang disediakan. Senang nak refer kat dalam nanti,. For internet connection, dont worry, ada wifi free. Tapi tak kuat sangat la. Pastikan breakfast dulu.  Sebab nak berjalan satu USS tu lagi.  Kalau asek nak berhenti makan je memang kopak la duit.  Tau je la Singapore punya matawang triple dengan Mesia. Kat dalam tu kompem lagi mahal harga makanan nya. At least nak makan pun time lunch da ok da. Masuk dalam memang tak boleh bawak makanan.  Tapi kalau pepandai bawak tak tau la. Mihmih.

Dekat USS ni ada 7 park yang korang boleh lalu. Antaranya, Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far far Away and Madagascar.Setiap park ni ada checkpoint yang korang boleh masuk untuk feel the experiences.Kalau sempat, masuk lah semua. Memandang condition kita sedang mak buyung, hanya certain part je lah masuk. rasa nak main semua,Hoho. Mai I review satu satu. yang mana kita masuk aje lah.

Tips:  Beli Universal Express kalau tak nak beratur panjang.  Satu je la kat sini,  bila nak main semua games kat all park located,  kena la beratur panjang.  Setiap checkpoint ye awak awak. Satu games je nak masuk,  mau dekat setengah jam tunggu.  So kalau ada express pass ni.,boleh la cut que,  so dapat la masuk semua checkpoint tanpa menunggu lama.  Boleh refer maps kalau nak beli pass tu kat mana.

HOLLYWOOD
After masuk kat main entrance, tempat pertama  korang akan lalui kira wajib lah, Hollywood. Kiri-kanan ada kedai souviners. Kalau tak sabar nak beli sangat, rileks dulu sepanjang jalan nanti ada je kedai souveniers lain. before balik pun akan singgah sini balik. Kat sini boleh tengok Sesame Street Show - When I Grow Up. Tapi kena tengok time lah, masa ni tak dapat tengok sebab belum masa tayang lagi. Ada kedai Minion, tapi tak dapat jumpa pun dengan character Minions. Sobs.Kalau kelaparan kat sini, boleh la try kat Mel's Drive In. Provide makanan macam fast food like, burgers, milkshake, fries and etc.
berlambak kedai souveniers. harga berganda-ganda. mampu tengok aje lah.

dah second round baru jumpa satu character ni, Marilyn Monroe. Beratur ha amek gambar dengan dia.LOL
NEW YORK
haih senang betul nak pergi New York. haha. acah-acah bandar NY je ni, kat sini boleh tengok Sesame Street Spagetti Space Chase. Kanak-kanak kecik tak boleh masuk, Beratur punya la lama sekali anak si Faris tak boleh masuk. Naik macam satu tren kecik muat dua orang, and dibawa masuk dalam gua, kat dalam tu boleh jumpa semua character Sesame Street sepanjang jalan, Awesome !
macam jalan-jalan kat bandar Sesame Street pulak.
After finish tengok tayangan tu, boleh la singgah kedai souvenier Sesame Street. Comel-comel belaka. bebudak 90's je yang paham the feelings. haha
If ada luck boleh tengok performance kat depan National Library ni, tapi masa ni tak ada,
Actually after second round baru masuk Lights, Camera, Action Hosted by Steven Spielberg. Sebab dia bukak pukul 11 a.m.  Boleh tengok belakang tabir macamana dorang produce action films.
SCI-FI CITY
Kat sini just lalu je, tak masuk memana pun. Ingat nak masuk kat TRANSFORMERS The Ride : The Ultimate 3D Battle, tapi macam malas je nak beratur panjang.

Sudahnya amek gamabr depan pun jadi la, haha
  Kat sini jugak ada Roller Coster yang super extrem tau. Nasib la ha tengah buyung. Rasa nak naik je, tak ada la berani sangat cuma, kekadang nak mencabar diri. mihmih

Tengok orang naik mak aih sampai kepala kat bawah kaki kat atas pun ada, Kecut perut mak kalau naik ni,
 If ada luck boleh jumpa character Autobots Roll Out - Optimus Prime, Autobots and Bumblebee. Tapi kitorang tak jumpa pun. Dorang pegi makan kot, haha.

ANCIENT EGYPT
Boleh la try masuk Tressure Hunt. beratur punya la panjang, naik jip ni sekejap je lahai.
Kalau anda sejenis yang berani, suka kan xtreme macam roller coster jugak, sila la masuk Revenge of the Mummy. yang ni pun Faris and family tak masuk. So I and husband dengan confidentnya masuk.

Pintu masuk nya,

Beratur sikit punya panjang. Sempat husband nak jadi mumia gaknya,
Ni yang nak cerita. Menyesal jugak masuk sini. sebab mula nya macam tak tahu kat dalam apa ada, Tengok je maps tapi tak pasan ada precaution error. dah beratur sampai atas baru tahu, akan naik macam roller coster. masa beratur tu ada screen review tunjuk punya lah triller roller coster dia. Siap boleh laju, kedepan, kebelakang, naik bukit, turun bukit. and ada hentakan sikit. Husband dah ajak cancel, tapi dah penat beratur panjang. Yakinkan jugak husband untuk naik, cuba kuat semangat, Tapi please jangan follow me, Nama pun revenge of the Mummy memang scary la, sepanjang jalan dalam terowong tu jumpa character mumia seram2. tambah pulak dia pecut roller tu macam marahkan and takut-takutkan kita. I is pejam mata saja. tak mau ambik risiko, dalam hati cepat lah habis, Once dah keluar, husband risau betul keadaan kita, I'm so sory awak. Tak recommend orang yang jenis cepat terperanjat ni, and ibu mengandung.

Tips : Facilities kat sini tak ada masalah. Setiap tempat pegi ada je jumpa toilet,  cafe semua. Kalau cari surau pun ada.  Tapi cuma satu tempat je. Dekat Ancient Egypt ni la.  Kalau tengok peta yang boleh amek dekat entrance,  semua facilities ada mention,  so boleh refer la. Takde la tercengang dok cari keliling tempat kan.

THE LOST WORLD
Dibuka dalam pukul 11 am. Kat sini more untuk yang ada anak-anak kecik. So, kitorang just jalan-jalan jela, Ada je games yang bersesuaian tapi nak beratur satu hal. Si Faris bawak anak dia main Canopy Flyers. Suit untuk budak kecik sambil one of parent accompany anaknya.

Kat sini we'all berhenti makan sebab dah kelaparan. Rasa nak sangat cari nasi. memandangkan rasa western food sangat lah tak jalan ketika ini. So we all makan dekat Discovery Food Court. Makan nasi ayam hainan. Tapi rasa tak berapa nak in. bedalkan aje la. 

Tips : Cuaca kat dalam ni tak menentu.  Dalam pada panas,  tetiba boleh hujan.  Mana taknya seharian ada kat dalam kan. Kalau tak rajin pakai payung boleh la nak pakai baju hujan.  Tapi dinasihatkan standby je la baju hujan dalam beg.  Kalau beli kat sini pun harga melampau. 1 baju 4SD.. Dalam Rm12. Masa tengah lunch break ni, tetiba hujan pulak.  So husband ngn Faris pergi la cari baju hujan. Bila dah dapat tetiba hujan benti. Hmm jadi la souvenier je nampaknya.  Nasib kat baju hujan tu ada lambang USS. haha.

FAR FAR AWAY
Paling I nak pergi is Far far away. Sebab suka sangat dengan disney, all fairy tales thing. hehe. Kat sini orang laki tak berapa nak minat la kan.
Welcome to Far far awayyy..
Masuk kat istana Shrek sebab nak tengok Shrek 4D Adventure. Ada asingkan movement seat dengan non movement seat untuk ibu mengandung. Boleh rasa the feels wayang 3D.

Fefeling in fairy tales bila depan castle ni. hehe
Tu saja lah yang kitorang masuk. sebab malas nak tunggu beratur tu. Ada banyak lagi actually. Tapi dah masuk castle dah kira ok dah, huu.

MADAGASCAR
Belum apa2 lagi dah ambil gamabr dulu dengan character Madagascar.
Ni la kami. heh. alang nak teman Irine, naik la sekali carousel- King Julien's Beach Party-Go-Round yang macam ada kat fun fair tu. Sambil main lagi I like to movin movin' .Sekejap nau dia pusing, Tak puas pulak.

last naik river boat - Madagascar : A crate Adventure. dapat tengok semua character Madagascar dalam terowong tu.
Kalau perasan concept kat sini semua sama je, tak naik tren, naik boat, naik jip pastu masuk terowong. Sepanjang terowong akan ada pelbagai character kiri kanan korang macam menyambut kedatangan kita. Camtu lah lebih kurang,

Tips : 
Sesiapa ada budak kecik,  baby ke.. Standby stroller.. Bawak sendiri ya..  Sewa sini mahal. So tak baloi. Takda stroller puas laa nk berdukung satu USS kang. One more thing tak semua game,checkpoint kat USS ni boleh budak kecik masuk. Ada yang boleh ..ada yang tak. So kena tengok kat notice Board setiap  checkpoint tu la ye. Ada jugak yg tak selamat untuk ibu mengandung. means yang dah sarat la, kalau rasa mampu masuk la.

Madagascar is the last park. Then jumpa balik Hollywood. masa ni nak decide beli souvenier pun boleh. Kalau ada masa sila lah rotate satu round lagi.huahua

I hope baby is happy dapat berjalan. One day you'll see this. Umi bring you dalam perut lagi tau.

Dah nak dekat raya Cina la katakan.

I just love USS !
Tips : Make sure pakai kasut yang selesa sebab akan jalan satu USS. Kalau panas standby topi or spek mata hitam.  Air minum jangan dilupa,  you'll dehydrated sepanjang jalan.
So far tak rasa terlalu penat jalan satu USS ni . Its depend.  Hehe. Kalau kaki jalan berapa kali rotate pun tak pe. 

So far, I just love the ideas of USS. Tapi untuk pergi lagi memang nak. tapi rasanya dah tak akan main benda yang sama la kot. I akan masuk kat tempat yang tak sempat masuk haritu. Mungkin nanti akan siap2 beli express pass supaya tak buang masa beratur panjang. Jangan lupa bring your own monopod/ tripod kerana kat sini memang the place to take photo. rugilah malu2 nak amek kan.hehe.

Thank you for reading this...

Love,
Farahshahidah

01 January 2017

Selamat tinggal 2016 !

Assalamualaikum and Hi !

2016 sudah pun melabuhkan tirai. sayang seribu kali sayang tidur awal, tak dapat tengok bunga api.Hehe. Alhamdulilah banyak benda manis yang berlaku sepanjang 2016 ni, walaupun banyak lagi yang belum dicapai. InsyaAllah masa panjang lagi. akan diguna sebaiknya, amin,

Apa benda ya yang manis sangat tu, So, here some of good memories and achievement dalam hidup yang berjaya dilalui setakat ni. Alhmadulilah atas segala nikmat.

My 26th Birthday Celebration (4th January)

Surprise made by fiance (masa ni tengah tunang lagi). tak menjangkakan pun.cukup dia balik on my birthday pun dah syukur rahmat. Plan just keluar area Melaka and before go back, singgah jalan2 tepi River Cruise. Lalu dekat Dutch Habour Cafe. tempat lepak mat salleh banyak la. While walking memang dah nampak ada meja berhias lilin belon bagai. So, I guess mesti lah ada orang nak bercandle light dinner ni. Tetiba he said 'Surpriseeee!'hehe. Teranjat beruk kita. mihmih. Gigih dia hire planner to surprise me. Lol. Dengan belon comey2 iteww. Imma happy girl ! the food also really good !Recommend to all nak dinner sweet2 gitu kat Melaka ni. Mat salleh yang lepak situ pun reramai wish kiter.. alah terharu lagi.hee. 



SMYPF Company Dinner - Red Carpet Night

My first experience pergi company dinner. It's different pergi dinner masa zaman belajar dulu. heheh. We're so lucky, sebab dah bertahun company tak buat dinner but the time aku kerja kat this company, dapat la join dinner. It held at Novotel Hotel, Melaka. Apa yang menariknya, mungkin rezeki nak kahwin agaknya, I won a lucky draw. Menang TV ! even baru 32 inch tapi okay la boleh buat TV game,mihmih. One more, aku menang 1st Best Dressed. LOL. padahal ramai lagi meletopss. tapi memang kenangan sangat.


Hiking Bukit Batu Putih, Port Dickson

Pergi this trip with officemate yang sangat close. plan dah lama and finally tercapai jugak. Actually pergi sini menginap dekat chalet under company kami. so dekat area ni ada bukit for hiking. I memang suka sangat hiking tapi masa tu tak ada. So here my second hiking after Bearhill, Bukit Beruang. haha. Kenangan sunnguh naik bukit ni dengan dorang sebab tak tau lepas ni boleh lagi tak macam ni.
Last Raya as Bujang on 2016

Happy pun ada sedih pun ada. Happy sebab will turn next phase of life. ada orang jaga disisi. rasa lebih lengkap hidup ni. Sedih sebab dah exclude dengan geng-geng anak dara ni, haha.Lol



Farewell for my resignation 
Kita merancang Allah yang menentukan. Keputusan yang sengit nak buat waktu ni, memilih antara kerjaya dan personal life. ceh. After make all decision, I pun berhenti dari position HR kat SMYPF ni. terlaluuu banyak kenangan manis pahit kat sini. kalau cerita tersangat la banyak. Bersyukur sangat ke hadrat Ilahi, kerana dikurniakan orang-orang yang baik disekeliling. walaupun kat mana je pergi, syukur sangat , sampai la waktu kerja sini, walau pun adakala stress dengan kerja, majikan and etc., tapi I really happy. ada orang baik-baik macam Zura, selalu tolong kiter, teman mengeteh paling best. Mama Ani yang penyayang, murah rezeki dia selalu siapkan makanan sedap2 untuk kami and tak pernah sekali pun berkira. Ana, antara yang paling awal kenal masa kerja sini. adik yang sangat baik and really close to me, Fiqah, walaupun masih baru tapi sangat baik hati. kalau nak cerita sorang2 memang tak tercerita. especially my manager yang tersangat caring, Mr. Mathee. staff chinese yang sangat dirindui kerja dengan mereka, Mrs.Lai, Ng. Siew Tin, Ms. Chong and Winnie.

Masa nak resign aritu, I rasa lebih pulak farewell yang dorang setup. First, antara geng2 rapat. sebab mungkin dah lama nak mam kat Seoul Garden,


Second, farewell with my manager and HR SMYPF Woven, Kak Fizah


Lepas tu ada lagi, dengan orang company dekat Cibiuk Restaurant. masa ni ada orang marketing dept, QC dept, main office.
Lepas tu ada lagi buat dalam office je. just Tea Break. How lucky I am.*tetiba. hehe. murah rezeki dorang kann. thank you semua. thank you untuk kenangan manis ini.

Married on 26th Aug.

Alhamdulilah dengan izinNya, berkahwin dengan orang yang pernah jadi sahabat. walaupun kami kenal tidak terlalu lama, tapi dia mungkin jawapan pada doa ini. Segalanya dipermudahkan. Bersyukur kerana telah ke fasa seterusnya, Hanya doa yang dipinta semoga kami pasangan dunia dan akhirat. amin. Kenangan paling tak lupa dalam hidup. Buat segala preparation, dugaan bertunang, and now kami bersama jua, Ini lah pasangan hidup kiter, susah senang bersama, kawan baik, kawan gaduh2 kecik, penjaga dan syurga buat saya. Mohd Izzat Azaman



Honeymoon kat Bali

The best part dapat honeymoon kat Bali. yeay! plan menjadi akhirnya. pergi sana 5 days 4 nights. lama tak?hee.

Pindah Gelang Patah, Johor

Apa yang membuatkan I resign sebab kena ikot husband pindah Johor since  dia memang kerja kat sini almost 5 years. so we decided why not kita mulakan hidup baru dekat sini. Soal rezeki ada dimana-mana. InsyaAllah. Budak pertama yang jumpa kat rumah ni..
:
:
:
:
:
:
;
:
:
:
:
:
:
tadaaa

meet up, Miko. dia lah peneman my husband almost bertahun kerja kat sini, penah jumpa masa dia kecik dulu. now dah gemok dah. dia ada Instagram tau. Follow him @mikovogue. Dia lah peneman masa husband kena kerja malam. and I was alone dekat rumah, Bila orang tanya tak takut ke dok sorang malam2. I just cakap, miko kan ada, hehe. tapi kau membuta je. bukan teman pun .LOL


Celebrating husband's Birthday at Bigfood @ Bakes &Petals

Agak susah nak plan sebenarnya,naik buntu nak buat apa untuk his birthday, sebab I was alone planning this. and tak familiar langsung lagi dengan tempat kat sini. So, after make some research, ceh. last minit dapat idea. and Alhmadulilah plan I menjadi. yeay. hampir tak menjadi jugak mulanya, sebab tak best lah kalau plan tetiba dia dapat agak, hehe. tapi it was the best day! For Him, harap husband suka. even just a litte surprise for me. later I review about this cafe. puas hati sangat dengan service nya. and the food was superbbb!! siap tapau bawak balik.haha


Tambah anak angkat, Olly Quinn

Sejenis maine coon actually. First time jaga kucing jenis baka besar ni.kami beli dekat Imadi Petshop. sebenarnya for our long term investment. kami bagi nama Olly Quinn after google for her best name, masa bawak kat rumah ni, Olly baru 2 bulan. tapi dah macam kucing dewasa dah. Olly ni manja betul perangainya, and dia la peneman kiter selepas Miko. penyeri kami husband and wife. sebelum ada anak ni kan. hehehe

my name is Olly Quinn
I'm pregnant !
Berita yang paling membahagiakan kami. hehe. Alhamdulilah atas rezeki Allah yang ternilai ni. belum sempat kami menunggu Allah datangkan perkhabaran gembira ni. walaupun masih awal lagi tapi mohon doa daripada anda semua yang sudi baca belog kiter. Tak bagitau official lagi kat mana-mana, hanya saudara terdekat yang tau. now already 16weeks.another 24 weeks to go. InsyaAllah. 

Semoga tahun baru 2017 ni lebih baik dan bermakna, dipermudahkan urusan, diperbesarkan rezeki buat kami. and I wish to all readers, Happy New Year. semoga dapat capai azam korang dengan sebaiknya, amin.

thanks for reading =)

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign