Blog Farah Shahidah: January 2015

15 January 2015

Yakin dengan jodoh Allah

Assalamualaikum

Sebelum menginjak ke tahun baru hari tu, memang tengah gah musim orang kahwin. Sana sini ada rumah kawin. sampaikan aktiviti wajib hari minggu adalah pergi kenduri kahwin semata-mata. Dulu, aku bukan lar penggemar pergi kenduri kawin. Alasan just malas bersiap time tengahari buta yang memang kompem berpeluh-peluh. So sanggup tergolek depan tv tengok astro tak makan apa-apa sebab bila umah kawin banyak, dapur pun tak berasap. begitu sungguh tahap malas aku nak pergi umah kawin.

Tapi disebabkan wedding sekarang banyaknya member-member yang kawin baru lar nampak diri ni bersungguh-sungguh pergi wedding dengan harapan takot sendiri kawen tak ada member datang. tapi boleh guna lagi ke teori ni ?hmm. Seronok pergi wedding kawan-kawan. Tem tuh lah kau buat macam mini reunion sekolah/universiti kau. Tak sangka aku ramai benar kawan-kawan aku dah kawin.huu. Berjangkit-jangkit pulak tu. Alhamdulilah

So soalan cepumas yang selalu aku dapat, mesti orang tanya aku bila? bila lagi?bla bla bla. Terima kasih atas concern saudara-saudari. hmm perasan. heww. Kalau nak tanya kawen mau saja jawab besok nak kawen. kihkih. Insya Allah kalau ada jodoh tak kemana. Kita nak hidup lama dengan orang tu. Kalau satu masa nanti terbuka hati luas untuk orang tu, I mean kita yakin yang dia adalah jodoh kita InsyaAllah  bersatu jugak nanti.

Cuma aku selalu doa pada Allah dipermudahkan segala urusan tak kisah berkaitan jodoh mahupun kerjaya. Kita nak jodoh yang baik, mulai sekarang kita cuba perbaiki diri. Itu yang cuba aku take note. Aku ni tak ada lar nak kan kesempurnaan, macam orang yang suka tembak kat orang yang tak kawen-kawen lagi ni. ' Kau ni memilih sangat' bla, bla, bla. Yes manusia mampu bercakap apa saja.

Kita kawan berbelas tahun pun kalau tak ada jodoh tak ada jugak. Macam mana kita nak terlalu pertahankan pun kalau tak ada jugak, so akan ada la.Tapi kalau nak kata ada jodoh, baru sekali jumpa pun boleh jadi. Tak ada yang mustahil disisi Allah.


Memang akan ada sedikit terusik hati ni bila tengok orang semua dah dok kawen. Tapi jangan dok kalut sampai rasa 'desperate' sangat nak kawen, InsyaAllah serah pada Allah, cara kita semua jumpa jodoh kita mungkin tak sama. Kadang-kadang kita tak terlalu memikir pun tapi secara tiba-tiba jodoh kita sampai.

Satu saja. Yakin pada Allah. jangan sesekali pertikaikan kenapa lambat, kenapa dan kenapa. InsyaAllah ye awak yang geng belum kawen cam kita  =)

11 January 2015

Tahun Baru azam baru

Assalamualaikum.

Selamattt tahunn baruuu 2015 !!
Such a longggg time no update from me. Tau-tau dah masuk 2015. Kena say bye bye to 2014.heww

Alhamdulilah. 2014 meninggalkan agak banyak pahit manis maung dalam hidup aku. But I never regret it. Yang penting aku kena move on and ready to facing anything happen nanti.

Okay. Kalau cakap pasal tahun baru mesti semua orang dok sibuk pasang azam baru. Lebih afdal pasang azam baru masa awal muharam.hee.but its sokay up to korang..hee

Aku jugak tak terkecuali list all my azam untuk tahun baru ni dengan harapan aku berjaya achieve target tak seperti tahun-tahun sebelum ni yang hambar. Shame on me -_-. 

Kebetulan aku dah pun melepasi umur 25 tahun on 4 Jan hari tuh. So, I need to more serious. Lagi semangat. Okay 25 lists of goals already set up by me.. Tapi tak boleh nak share semua becoz some of them agak privacy sikit. Cukup lar only me yang tahu.kihkih.



But secara overall yang aku dapat kongsikan apa yang aku harap for this new year, here we go...
      
   *Istiqamah dalam ibadah
   *Not to stop blogging
   *Lebih motivated
   *Semangat kuat
   *amal gaya hidup sihat
   *more postive
   *Nak berat ideal (kihkih)
   *more organize. Lebih teliti aturkan kehidupan
   *semakin rajin
   *pandai manage budget
   *dalam kata lain nak achieve all 25 target yang already listed..InsyaAllah.

To those yang read my blog,apa azam korang yang paling korang nak capai tahun ni?moh lar share.hee. Doakan aku dapat capai apa yang aku sasarkan even tak semua pun, 70% pun dah cukup memuaskan.  

Anyway, Selamat Tahun Baru semua.  :-)

Thank for reading this entry, Muchos

Sent from Samsung Mobile
Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign