Blog Farah Shahidah: July 2014

14 July 2014

Ganu Kita : on my way ,KL- Kemaman

Assalamualaikum

Sebelum ni,baru seorang classmate dekat degree aku ni kahwin. syukur Alhamdulilah.. lepas tu seorang lagi kawan we'olls Che Wan kahwin. ehee.suka benau tengok member-member kahwin. tapi kali ni bukan dekat-dekat tapi sampai Kemaman sana tuh.

Actually, masa sibuk-sibuk face final exam before ni, kitorang ada pakat-pakat nanti nak pergi wedding Che Wan.plan punya plan.tapi who knows kita merancang tapi belum tentu plan menjadi. punya kejap jadi kejap tak,last iolls jugak yang pergi sorang. ehee..

Kalau dari Melaka ke Terengganu memang mak datok lama I guess, tapi kebetulan tengah ada dekat KL I grab this peluang pergi Kemaman.Sambil menyelam minum air.Kebetulan memang nak pergi rumah one of my friend yang rapat masa dekat Uitm, Marni.bila lagi nak pergi kalau bukan sekarang.hew.so alang-alang ada dekat KL, alang-alang Che Wan kahwin,alang-alang free, sampai jugak ke Kemaman.yeeehaa !

kalau cakap kat kawan-kawan yang aku nak pegi Kemaman ni, semua akan cakap weh jauh gila weh..penat kau nanti..bla.blaa..bla..tapi the truth is.. tak ada la sampai berjam-jam lamanyaa.sebab I'olls ke Kemaman, not ke Kuala Terengganu. Disebabkan ada dekat KL ni, so jarak ke Kemaman dekat sikit la nak banding Melaka-Kemaman. almost 3 hours je.

habis keje terus meredah pergi cari Hentian Putra

bersungguh-sungguh Marni ajar macamana bila sampai sana,nak turun kat mana sepatutnya.hewhew.nak-nak pulak aku ni jenis suka main redah,suka take easy benda yang orang rasa eii susahnya..aku pun meredah sorang ke Hentian Putra yang first time aku jejak tuh.pehh.yang aku tau Hentian Putra tu dekat dengan PWTC.so aku main agak-agak je turun LRT PWTC.da smpai was-was pulak eh betul ke Hentian Putra dekat sini.haha.

first time jejak Hentian Putra

so bila diringankan mulut bertanya orang,baru la tau kena jalan sikit ikut jambatan baru nampak nun diseberang jalan tu Hentian Putra.haha.naif betul hamba ni.pfft.so beli tiket on time punya la selamba, finally dapat ke Kuala Terengganu.so sape yang turun ke Kemaman, bas akan drop kat certain tempat before dia proceed lagi 2 jam ke Kuala Terengganu.so far,aku dapat tiket pukul 9 malam Jumaat lepas blik keje tu jugak.so bajet-bajet pukul 12 mesti sampai Ganu.

So on my way memang diisi dengan tidur.eh tak jugak sebab first time travel naik bas sorang-sorang ke Ganu ni, I'olls lebih tengok luar je.hehe.tapi disebabkan gelap apa pun tak nampak.hii

Travel alone,lol

Alhamdulilah pukul 12 macam tu, I'olls da sampai Cherating.so for those yang pergi balik Ganu, bas memang akan berhenti rehat jap dekat kedai makan kat Cherating ni selama 1/2 jam.so nak makan ke, terkucil ke apa ke sempat lagi.sebab ye lar mostly dorang ni ada lagi 2 jam ke Kuala Terengganu.macam kita ni yang ke Kemaman ni tumpang lar sekaki rehat sekali.

after setengah jam, baru bas proceed jalan.so yang nak turun ke Kemaman memang dah tak jauh dah so get ready jangan tertidur pulak.kuikui.tak sampai 10 minit, dah tiba Kemaman and boleh request kat pakcik bas tu nak turunkan kat mana. so.Marni dah pesan,suruh aku turun dekat depan Hospital.

Alhamdulilah, turun bas nampak terus muka Marnie nak amik aku bawak balik rumah dia.heww..so esok tu nak pergi wedding Che Wan yaw.Bila dah sampai, benda pertama aku fikir, tak ada lar jauh sangat Kemaman ni. cehh. :-P
and kalau nak tahu tambang just around RM 24++ je. punya la expect lebih RM 50.lol..kalau tak pergi tak tau ye idokk.

Thanks for reading

Sent from Samsung Mobile

06 July 2014

Internship Kat Audit Firm

Assalamualaikum.

Another 1 month to go.tak sangka cepat betul masa berlalu untuk I habiskan praktikal dekat Pandan Indah, Ampang tu. so ketika post ni ditulis, I otw balik KL di pagi hari yang hening.kehkeh.

untuk 3 months ni dah banyak kali I pegi ulang alik Melaka-KL.kalau dikumpul tiket-tiket yang dah beli before ni dah boleh buat collection dah tunjuk pada anak-anak.ni tiket mummy ulang alik pi intern kat KL dlu.hahaha. mentang-mentang tiket Melaka-KL sploh hengget je. kau buat macam sehengget je.wuu


nampak gaya macam seorang yang homesick pegi balik pegi balik membazir duit. yepp. tak rasa bezanya if stay KL atau Melaka. everywhere pegi mana sekali pun we still use money.Kebetulan tempat intern ni pun pinggir bandar so life pun macam pegi balik kerja je hari-hari.Plus diri ini dah kurang berjimba banding dulu kala.hehe.

Alhamdulilah almost 5 months intern di audit firm adalah satu pengalaman yang agak baru for me kalau mengikut skop belajar yang sebenar.Terlalu banyakkk sangat ilmu yang dapat kat sini. No wonder la perlunya praktikal dahulu sebelum masuk ke dalam alam pekerjaan yang sebenar.tak ada lar 'culture shock' pulak nanti.hehehe
ni Zue.kawan uitm yang sama-sama intern.

masa awal-awal masuk intern dekat sini, seriously rasa janggal sikit sebab dah bertahun-tahun belajar tetiba pulak kerja. tau-tau je lar kalau keje kita follow office hour,malam dah tak ada nak buat apa dah. hari-hari pergi balik kerja, no more final exam, no more study hard.so time ni lar rasa rindu membuak-buak dekat KBM, rindu menghadap test & final papers, rindu ikut timetable kelas, rindu nyaa nak jadi student yang just focus on study. rendu kemahen lagi.masa ni la hargai saat-saat belajar dulu.hehehe.

Ni Ajim, kawan sama Uitm jugak, dia banyak tolong kitorang masa
terkapai-kapai sebelum ni. hewhew

so benda tu really happen masa first week masuk intern. rasa macam weh tak best nya kerja. but mahu or tak kena face jugak. and sendiri macam tak percaya pejam celik pejam celik, dah berbulan-bulan rupanya masa berlalu.seriously ! tak perasan dah nak habis dah !

so far, I really recommended sesiapa yang nak baru nak praktikal better choose audit firm if you really wanna learn more. tak tipu !dulu sendiri pening nak amek apa for praktikal nanti.so setelah dok tanya kawan-kawan yang dah penah intern sini, I pilih jugak audit firm. yes, finally !

pernah merasa sekali audit luar, baru 2,3 hari dah nak rasa nak balik ofis cepat.hehe

kerja kat sini setakat ni tak terlalu stress, Alhamdulilah. semua staff kat sini baik-baik belaka. ni yang kita nak, kalau kerja banyak pun tak terasa if our environment okay. betul tak?setakat ni, everything berjalan dengan lancar.banyak benda baru yang dapat dekat sini. setiap company yang I handle, mesti ada belajar benda baru.

bila ingat balik masa baru-baru buat audit, sumpah blur gila.macam hape pun tak tahu. plus kat sini bukan style suap, so kena belajar sendiri jugak .so I banyak belajar bila ada some probs happened.penah lalui situasi yang agak stress bila kena handle satu company ni which akaun dia tak berapa nak cantik. diberi pulak pada we'olls yang serba tak tahu ni. memang bila ingat balik rasa stress gila weh. but then I should thanks jugak dekat Fendy, abang yang guide us sepanjang intern ni sebab even dalam pada stress, I've got something weh !
kalau bukan macam ni, bukan audit firm namanya. hewhew

macam mana nak handle orang yang tend to nak marah-marah kita, belajar daripada kesalahan sendiri. kalau tak buat company yang agak 'disaster' ni mesti I tak learned something.seriously !. takkan nak buat domain je memanjang and masa tu lar I rasa buat audit tak lar seteruk mana. cuma 'renyah' sikit. banyak benda perlu di take note. because kita yang kena perbetulkan akaun orang. so far, Alhamdulilah. I still dalam proses belajar lagi.

makin lama makin I faham lar jugak nak dibandingkan masa first week dulu, hewhew.and boleh proceed buat audit sendiri. but sometime kena bertanya jugak. but now I tak tahu lar if dah keluar nanti,nak proceed buat audit or tak. tapi tak kesah lar kalau buat akaun, dah boleh  faham dah apa yang orang audit mahu kan, and kalau nak proceed audit pun its okay !=)


and now I dalam process membilang hari nak tamat kan my internship ni. seriusly banyak pahit-manis yang I got sepanjang 6 bulan kat sini. InsyaAllah bila keluar nanti,I lebih bersedia.sangat hargai setiap peluang yang dapat kat sini.kalau ada stress-stress tu benda biasa lar kan? InsyaAllah dipermudahkan segala urusan nanti. Amin.. doakan dimurah rezeki nanti, ya?

Thanks for reading =)
farahshahidah

04 July 2014

Saudara Baruku, Felixia Yeap

Assalamualaikum

Alhamdulilah, sudah beberapa hari sambut bulam Ramadhan,macam sedar tak kejap je dah nak puasa.syukur dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat ini.memang tunggu-tunggu saat puasa setiap tahun.

anyway, aku nak ucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada sume bloggers, readers and to all umat islam.Actually, bulan puasa kali ni macam terasa cepat sangat datang.terasa rugi benar kalau tak gunakan peluang kali ni dengan sebaiknya untuk perbaiki segala kelemahan diri,segala ibadah wajib mahu pun sunat.masa.ni lar nak kumpul pahala semua.

dalam bulan puasa ini jugak kita dikhabarkan dengan berita penghijrahan Felixia Yeap untuk memeluk islam.really impressed me!syukur Alhamdulilah.Allah Maha Besar.seriously even I'm Muslim, rasa cemburu benar dengan dia. >_<

dari situ kita boleh sedar betapa indah nya perancangan Allah.Dia lagi maha mengetahui dan Maha menentukan.

aku kagum bilamana dia yang asalnya jahil tentang agama islam akhirnya memilih untuk memeluk islam. who knows.semua bermula dari kita sendiri.luaran,pemakaian mahu siapa diri kita tak menjamin kita ke syurga.

belum tentu lagi kita yang lahir celik-celik mata seorang islam,dibesarkan dengan suasana islam,sudah cukup sempurna yang kita ini Islam sepenuhnya.siapa tahu,orang yang sering berbuat dosa,langsung tidak tahu tentang Islam,kalau Allah detik kan hatinya untuk mendapat hidayah,so sekelip mata semua boleh berubah.silap-silap boleh bertukar posisi. 

aku jenis yang teruja bila baca kenyataan orang yang mendapat hidayah.aku kagum. rasa betapa cantiknya aturan Allah. macam Felixia.sudah tertulis dia diberi kesempatan untuk mengenal Allah dalam usia sekarang.Semoga dia terus istiqamah dalam perbaiki diri.diberi kekuatan menghadapi apa jua dugaan hidup.

kita yang Islam ni pun kekadang kurang memperbaiki ilmu agama.tapi orang yang diberi hidayah berusaha cari ilmu quran dan hadis untuk menguatkan lagi fahaman dalam Islam.subhanaAllah.

siapa kata,kita yang sedia Islam ni tak boleh lakukan penghijrahan. perkara tu dah lama aku fikirkan sebenarnya.hijrah yang bukan saja dari segi pakaian.apa guna luaran tampak sempurna tapi dalam tak bersih lagi.tutur kata tak sempurna lagi. mahu mulakan dari hati. ya, HATI.


Doa aku buat saudara baru kita, Felixia Yeap.Semoga kuat dalam menempuh alam baru sebagai seorang Muslim yang dirahmati Allah,InsyaaAllah.semoga Allah sentiasa melindunginya dan sentiasa dipelihara.Dikurniakan rezeki halal dan dipertemukan jodoh yang mampu membimbing ke jalan syurga.Amin..

Thank for reading,
Farahshahidah

Persiapan Raya: Dulu & Sekarang

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ! =D

Semakin umur makin meningkat dewasa ni, memang aku rasa Raya aku totally berubah..sikit demi sedikit...
kalau tanya pada semua orang mesti semua akan rasa Raya masa kecik lar paling best sekali...tapi takkan lar aku nak jadi budak kecik je sampai bila-bila kan..heee..Life must go on...and harus berubah..cehh!

tapi bila imbas balik semua kenangan Raya dulu, buatkan aku rasa nak pinjam pintu Doraemon and masuk ke zaman dulu-dulu...bestnyeeess..tapi tak mungkin kan...kalau nak cerita pasal bezanya...memang tersangat beza okeh...sob3

Pertengahan Bulan Puasa

DULU

aku dah mula berkampung dah kat kampung moyang aku dengan nenek sedara semua...time-time ni diorang (becoz hanya mereka sahaja almaklum aku tau main je masa tu..hehe) dah mula buat kuih raya...macam-macam jenis buat...biskut ke,kek ke ape ke...semua dok sebok main tepung...aku suka tengok and menyebok je masa tu..yela budak-budak lagi so mak aku tak bagi usik budak-budak kan main kotor..

kuih tart gulung wajib ada..tapi ni mesti paling laku..aku la keje kan,.hehe

SEKARANG

dah banyak jenis kuih raya ada jual kat pasaran sekarang ni...orang buat tempahan pun dah ramai ada..order jeee...ape lagi...tengok kerajinan nak buat kuih raya dah makin kurang...kalau rajin pun aku dengan mak hanya buat 2,3 jenis je biskut..yang lain beli jee.hehe..since moyang dah pun meninggal, suasana buat kuih raya macam dulu dah tak ada dah... buat kat rumah sendiri je...rumah taman apa lar meriah sangat kan...

Baju Raya

DULU

nak pergi shopping raya adalah satu benda yang sangat aku nanti-nantikan masa budak dulu..hehe...kalau shopping mesti nak 1 set..kasut nak tumit tinggi..baju nak macam ni..macam tu...siap ada stock baju untuk raya pertama,kedua dan seterusnya..haha..tang baju first Raya mesti nak boria satu family, and normally mak aku akan tempah untuk da whole family...so dah dekat nak raya tu memang dah tak ada nak fikir pasal baju raya...semua dah siap...tinggal packing nak bawak balik kampung je..

pilih-pilih kak...


SEKARANG

disebabkan sekarang ni dah merata-rata dah baju pasang siap dijual, cakap je nak corak apa saiz apa, kain apa semua ada..semua benda dah kat hujung jari je..tinggal keluar duit bayar je..dah tak ada dah nak tempah-tempah sangat macam dulu...kadang-kadang tu beli yang dah siap ni lagi murah daripada tempah kat orang...and preparation for baju raya family aku pun dah tak beriya-iya macam dulu...just ada dalam 2,3 pasang okay dah..


Malam Raya

DULU

malam raya laa malam paling syahdu sekali..bila dngar takbir raya rasa macam happening sangat nak raya,
beraya kat kampung memang sangat sangat sangat best seriously...semua saudara mara balik..memang heaven lar,bakar mercun, men bunga api, pasang pelita,sampai cam nak melatah je pakcik yang nak pergi masjid dek kena baling mercun dengan kitorang..haha..masa tu stock mercun, bunga api ni sangat banyak..main satu malam pun tak terhabis, so kitorang akan main sepuas-puasnya gedebam gedebomm sampai tengah malam sampai moyang aku dok bising suruh masuk tidur..heheh..yang mak-mak pula dok sibok rebus ketupat,buat rendang, lap pinggan mangkuk, susun kuih raya semua...

aku suka mercun ni..sebab banyak..and bila meletop pon best 


SEKARANG

masak rendang,ketupat semua kat rumah sendiri je..sob3..kalau dengan takbir pun rasa syahdu jugak tapi tak rasa macam mana suasana kat kampung..sekarang aku dah tak main mercun bunga api bagai ni...so adik-adik aku lar main...aku tengok diorang main pon aku yang bosan..haha...apa lar sangat main kat kawasan rumah taman...tak gempak mana pun..hehe...pelita pasang jugak tapi berapa batang je lar...aku dengan mak sebok kat dapur dok prepare ni prepare ituh..

Di Pagi Raya

DULU

pukul 5 pagi mak dan nenek aku dah bangun...mak datuk awal benar...diorang dah start prepare apa yang patut, lepas tu kejot kitorang yang kanak-kanak ribena ni bangun mandi...kemain liat nak bangun mana tak nya tidur lambat main mercun malam tadi,bila tang nak mandi tak boleh blah...air kat kampung sejuk sampai ke tulang, tapi mandi jugak bila mak dah dok bising-bising..tak sabar nak pakai baju raya pun sama jugak..hehehe..dah siap, mula duk makan ramai, lepas tu salam semua saudara mara aku yang ramai itu..memang happening..Iolls kan budak lagi masa ini lar time yang best dapat merembat duit raya...banyak tuuuu.....

rendang tok yang aku cari-cari

SEKARANG

Bangun pagi tak adalah seawal pukul 5 pagi..tapi awal lar jugak...macam bangun nak pegi sekolah...tak tidur kat kampung tapi kat atas tilam rumah sendiri,pagi tu jugak salam mak ayah kat rumah sendiri and then baru gerak pi kampung jumpa berkumpul dengan saudara mara pulak...yang tu jelar happening, makan ramai-ramai satu family mak aku semua ada...then pergi solat Hari Raya, pergi kubur moyang, dan nenek...wuuu syahdu...then as usual, salam menyalam dengan semua ahli keluarga, siap buat rotation start ngan atuk, then paklong,pak ngah sampai lar ke Busu.. then sesi bergambar macam biasa, lepaih tuu, pi belah bapak aku pulak...macam tu lar bertahun-tahun...

Raya-Raya Seterusnya

DULU

1,2,3 hari raya memang tak boleh kacau...disebabkan saudara mara memang ramai sangat, so time2 ni lar pergi beraya sini sana...after raya ketiga tu baru lengang sikit, so budak-budak macam aku ni..mula lar guna kesempatan yang ada pergi raya satu kampung...masa tu ada kawan-kawan lain kat kampung..so satu rombongan pegi jalan raya rumah tah sape-sape tah dari ulu kampung sampai lar ke hilir..sampai mak dok hangen tah celah mana aku pergi raya masa tu..haha..dulu dah macam trend budak-budak jalan raya ni..siap ada lain-lain group...haha

SEKARANG

zaman adik-adik aku pulak lar pegi jalan raya...tapi budak sekarang makin lama dah makin kurang nak jalan raya ni..dah segan kot...lagi satu budak-budak sekarang dah demand lebih..tak main duit seringgit dah..kemain dorang nih.. aku pulak lar yang melayan kanak-kanak riang ni datang rumah..tapi jarang kot..biasa mak aku yang layan..mak aku bab handle budak-budak ni serahkan kat dia.. aku macam biasa anak dara kena tolong apa yang patut lar...memang jadi bibik kat dapur.. and Alhamdulilah kawan-kawan aku tak putus-putus datang...masa tu lar happy, pastu pegi jalan raya dengan diorang...nak pegi semua rumah kawan yang ada kat Melaka ni memang tak terpegi laa..yang mana dekat-dekat tu In syaa Allah laa..huu


banyak beza kan...?memang laa dulu kecik-kecik...sekarang dah fasa kita nak dewasa..bukan nak dah...dah dewasa dah pun..tapi lepas ni aku akan melalui fasa lain pulak..bila aku berumahtangga In syaa Allah suatu hari nanti lain pulak cerita nya....macam mana pun kita tak boleh  nak patah balik masa dulu, just apa yang boleh kita harap, Raya-raya akan datang lebih bermakna In syaa Allah =D


Thanks for reading,
Lots of Love,
farahshahidah




Simpan Gambar dan Video

Assalamualaikum !

Baru-baru ni aku hampir bergaduh dengan adik lelaki aku disebabkan gambar-gambar dan video-video yang aku simpan dalam lappy semua hilang since dia pinjam bawak pegi ofis tempat dia keje..
kamu tahu apa aku rasa ketika itu...dush3..banyak gambar kenangan wehh...semua nya hilang apa aje yang tinggal...sudah lar gambar masa aku sekolah dulu banyak yang hilang maklum dahulu kala noobs sikit nak cari storage yang besar nak simpan gambar-gambar digital ni dek kerana aku yang kaki gambar ni...

nak dijadikan cerita, puas aku godek kat lappy aku tak ada jugak...rasa macam hilang macam tu je kenangan-kenangan diploma semua...adik aku kata dia buat back up...tapi macam tak hado je...ke aku yang tak pandai cari...aku godek lagi dan suddenly terjumpa jugak folder gambar yang mak datok banyak tu ada je sebenarnya...ouh terasa bersalah pulak dengan adik aku...punya laa rajin dia bawak lappy pegi ofis dia sebab nak kasi format balik..dia keluar duit aku pulak bising-bising..maap kan kakakmu ini.. >__<

dengan pantas aku keluarkan segala harta karun milik aku tuh then transfer masuk pendrive 16gig..dengan konfidennya akan lebih selamat dan storage yang agak besar...
tapi selamat ke?mungkin sekarang selamat...akan datang kalau kena virus, pendrive hilang ke macam mana cerita pulak tu??

banyak betul folder aku..pening jugak nak manage

maka dengan itu aku mencari solusi bagi mengatasi masalah ni...mengambil langkah precaution sebelum apa-apa berlaku..selain guna hard disk ke, thumbdrive ke burn into cd ke,untuk lebih selamat boleh la guna laman web seperti ini untuk menyimpan gambar korang yang sangat banyak itu..

ada banyak lagi website yang boleh simpan gambar2 or video2 semua, tapi yang ni antara the most people guna la...just sign up then dah boleh guna dah...macam aku, aku berminat guna  Dropbox since apps dia boleh install dalam phone and agak memudahkan untuk aku transfer terus direct daripada phone...

so tak ada masalah lagi kalau gambar hilang ke pendrive hilang ke just ingat password korang sudah...takkan password pun susah nak ingatkan..hehehe...korang simpan gambar macam mana?kalau korang ada suggestion yang lagi bagus mana la tau kan...just sharing by drop ur comment below...hehe !

thanx for reading,
lots of love,
farahshahidah

03 July 2014

Resepi : Kerabu Mangga

Assalamualaikum

Dekat dapur, dah berlonggok-longgok mangga entah mana datang, nak kata dari depan pokok depan rumah macam tak relevan sebab tak banyak mana pun berbuahnya macam malu-malu nak berbuah je. rupanya ada pakcik mana entah bagi . Dah berhari-hari mangga tu dekat atas meja dapur tak berusik sebab still muda belia lagi siapa nak makan masam-masam gitu


then, since dah berhari-hari, dah nampak ada kuning sikit-sikit, I was thinking apa benda lar boleh buat dengan mangga yang banyak bebeno ni. tiba-tiba mood kerajinan datang rasa mengidam pulak nak kan kerabu mangga. hehh biasa nya jumpa kerabu mangga ni time kenduri je. then nak try buat sendiri . main belasah je campur-campur apa yang ada kat rumah. hehh




bahan-bahan yang aku guna nak buat kerabu ni just :


beberapa biji mangga tak berapa muda/ tak terlalu masak(buang kulit then kasi sagat)

kelapa parut (rendam dengan air panas dulu then tapis ambil hampas dia)

cili padi 

serai ( kasi hiris)

bunga kantan (hiris)

daun limau purut(hiris)

limau sambal (untuk perahan)

garam & gula secukup rasa

cara nak buat sangat senang, campur kan semua bahan-bahan tu dalam satu mangkuk, gaul then gaul sampai sekata, ikut sesedap rasa .

and presenting .....



ni lah kerabu mangga resepi sesedap rasa aku. haha. nak sedap boleh letak benda lain ikut selera korang la and apa yang ada dekat rumah pergi godek. hehh.boleh meratah-ratah sambil duduk depan tv. kehkeh. Mangga jugak baik untuk diet ya ibuk-ibuk bapak-bapak cewek-cewek  sebab :

-kandungan gula yang semulajadi untuk menurunkan kolestrol
-mangga adalah buah yang berserat yang boleh bantu proses pencernaan  =)

thanx for reading
lotsoflove
farahshahidah

Anak Kucing Baru

Assalamualaikum

Saya ada kucing baruuu !! hehh . macam dapat apa lar pulak. kununnya tak mahu cari pengganti Lona tapi memang dusta belaka . kehkeh . Act aku pun tak sedar bila start tah aku mula jadi pencinta kucing agaknya. hewhew. dari dulu memang suka kucing gilo-gilo tapi sekarang suka tu dah tahap sampai penyayang macam orang sayang baby peluk chiom semua.

ke sebab dah lama tak pegang baby / tak dapat adik kecik??tak jugak. and mungkin ni la perasaan yang Allah dah bagi kat aku untuk sayang kat binatang nama kucing kot. Eh tapi semua binatang aku sayang wohh !
okay macam mana aku boleh jumpa itu kucing .? alkisah since dari pada satu malam tu telinga aku ni asek dengar kucing ngiau memanjang . tapi aku buat dont know. Pagi besoknya, lepas subuh pun bunyi jugak. mak ayah adik-adik aku pergi kerja/ sekolah aku sambung tidur. Then mata aku terbukak balik sebab dengarkan anak kucing ngiau lagi . 

Aku yang mamai macam tidur tak cukup hari ni gagah kan badan bangun pergi bukak pintu belakang rumah aku, nak nengok mana datang bunyi anak kucing tu. knon nak jadi penyelamat. ceh. bukak je, eh tak ada pun, mana datang bunyi pulak ni. aku tinjau sini sana. then ternampak sekor anak kucing kaler oren terlompat-lompat sambil dok jerit-jerit mintak makanan kat rumah selang satu sebelah rumah aku.

nampak anak jiran aku tu campak-campak sisa kat dia. dia makan dengan lahap kemain. habis jerit lagi mintak. makan habis mintak lagi . ohh myy ! rasa macam kesian pulok tengok kecik-kecik mintak makan sendiri .part cam ni yang aku lemah sikit. 

aku pun buat-buat panggil dia . then kucing tu toleh aku terus berdesup pergi dekat aku. masa tu dah mula rasa prihatin sangat dah kat kucing ni. heh. aku bukak peti ais cari-cari apa yang ada. luckily jumpa ada ikan kembong yang keras sejuk lagi. aku bagi je kat dia. dengan rakus dia makan tanpa peduli ikan tu sejuk.ini betul-betul lapar nih. hahaha . dia makan.. dan makan sampai 2 ekor sekali..fuhh

lepas makan dia sondol-sondol aku like wanna cakap thanx kat aku kot .haha.. baik. mula kesian .ehemm. so aku pun dok biar je la dia lepak- lepak rumah aku. aku tengok dia comot kemain. aku pantang tengok kucing comot-comot ni. rasa nak mandikan aje. then aku siapkan air suam-suam gitu. kasi mandi bersih-bersih siap shower foam Fruitale lagi, ehehh..lap dengan tuala and done !!

bila dah sejuk-sejuk tu mula la nak tidur kan. so starting tu la aku decide nak bela si kucing kecik ni. nak lepaskan balik sure nya dia melekat je kat rumah aku nanti sebab ada orang bagi makan mesti dia tak nak pergi . tak pela peganti Lona . Lona sekarang jarang-jarang sekali balik. ada pakwe baru .Lupa kat tuan dah .
tapi aku tak tau nak kasi nama apa. adik aku nak bagi nama Kiki like ouh macam gurgurl, macam too common. hmm entah la. aku just call 'dak kecik' dak kecik je. heheh . so sekarang aku memang dah sayang pulak kat dak kecik ni . and tak kusangka emak and yang lain-lain macam tak kesah je aku nak bela. hehh. janji aku pandai settle kan 'berry and kenchh' dia..kuikui.
Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign