Blog Farah Shahidah: May 2014

15 May 2014

Happy Convo 2014 !

Assalamualaikum

Kita datang dari pelbagai negeri
Sabah, Terengganu, Selangor, Perak, Kedah
masuk KBM sebab ikut program penerapan.
yang kita sendiri tak tahu apa betul keputusan kita masuk sini.

ya kita memang 'rare'
orang lain masuk sebab habis diploma.
tapi kita diploma pun tak habis
tiba-tiba lompat masuk degree
masuk-masuk dah tercengang
rasa atas pagar boleh tak harung almost 3 tahun setengah ni

masing-masing masuk dengan cgpa gempak-gempak.
kalau tak gempak tak kan leh masuk penerapan, ye tak?
stil berpuak sebab da biasa sama dengan kengkawan masing-masing masa diploma


awal-awal semester dah buat perangai
satu kelas komplot 
tak siap kerja ada
ponteng kelas ada
suka skip event ada
sampai semua lecturer kenal
hmm kelas tu siapa tak kenal
ya mungkin sebab kita 'rare'

tak ada benda lain boleh ngadap kat KBM ni
tak lain tak bukan beratur panjang lift
aircond sejuk mak datuk
hari-hari pegi kelas
time test tak berapa nak prepare 
bila test dah siap 'senjata'
dapat result pun suam-suam kuku.

dulu rasa lama benar nak habis
walau tak semua bernasib baik
ada yang grad on time ada tak
but it's never mind
rezeki ada dimana-mana

walau dah banyak sem bersama
tapi ada yang tak rapat lagi
bercakap sama pun boleh bilang berapa kali
tapi tetap ingat antara satu sama lain
walau kita tak macam kelas lain
walau susah nak kumpul semua ada
walau ada yang pindah kelas dah hujung-hujung sem
kita tetap kelas A


and today mereka semua konvo
kawan-kawan yang satu kelas dah berapa tahun tah
yang belajar setengah mati dah
yang dah bosan menghadap KBM 
belajar tak habis-habis
akhirnyaa sampai jugak kat garisan penamat.
walau kita tak dapat sama-sama baling topi.
its sokay yang penting akhirnya kita grad!
Allah sudah tentukan haluan kita.


yep aku tumpang gembira.
rasa macam aku jugak ada sama
aku tak regret sebab dari awal aku dah jangka.
lambat atau cepat tak penting

yang penting kau grad
aku pun grad nanti.
InsyaAllah lain masa kita jumpa lagi
bawaklah haluan masing-masing sebaiknya
doakan kejayaan bersama
Degree ni adalah waktu mencabar kita semua mungkin
tapi ada kesenangan di luar sana,InsyaAllah.



Happy Convo Day friends of Bachelor of Accountancy !

loves,
farahshahidah



Sent from Samsung Mobile

13 May 2014

Homemade coklat untuk Hari Ibu!

Assalamualaikum

Actually I tak sure hari ibu hari apa. haha. ada kata 10 Mei, ada kata 11 Mei and ada kata 12 Mei. mana satu eh sebenarnya? but tak kesah lar berapa hari bulan sekali pun. Hari-hari adalah hari ibu. yeah.

I tak pandai sangat buat surprise. eventhough dengan kengkawan sekali pun. so puas dok fikir nakbagi apa untuk mother's day ni ye. nak bagi hadiah time birthday baru syok. plus memang tak tahu nak prepare apa.

sebelum ni ada perasan kawan sekolah rendah dulu ada post yang sekarang dia tengah buat bisnes Homemade coklat dekat rumah. pandai betul buat bisnes. hewhew. so far selalu nampak feedback best daripada customers dia.

nak try order tapi belum tahu lagi nak order sempena apa. kebetulan usha-usha kalendar terperasan paling dekat hari Ibu. so I decided nak bagi cokelat dekat emak!plan kemaen awal padahal hari ibu nya lambat lagi. so far plan menjadi even takde lar plan apa pun. hehe.

taraaaa....



plus tu kad hijau adek baru darjah 1 sungguh-sungguh buat kad untuk mak. hewhew



emak pun suka sangat-sangat coklat tu.. sebab ada gamba emak tetiba. hewhew. manythanks to my friend, Nisa Akmar. you made my day. thank you again. hewhew.

ni masabaru pegi amek dekat Nisa

so kalau rasa nak dedicate something dekat someone boleh lar ubah sikit bagi homemade coklat macam ni. boleh nak request kaler apa, nak tulis apa, letak gambar, nak style macammana semua boleh resquest. harga pun affordable. cokelat pun sedap. hewhew. so mai pakat usha and like page my friend ni :


Anyway wanna wish to emak, ibu, mama blogger semua, Happy Mother's Day!wishing you all the best!huu.
So for my dearest mom, thanks for everything. you are super mom. seorang yang penyabar, kuat and tabah. selalu teaches me about the truth life.. even I seorang anak yang degil,and sometime suka argue balik apa yang mak cakap, but it doesnt mean I tak take note apa yang mak I cakap.huu..Emak will always in my dua' and always un my heart. love her everlasting !

thanks for reading, =D

farahshahidah

09 May 2014

Majlis tunang kat Kelang Lama

Assalamualaikum 

muka aku ni memang tak asing pergi wedding orang tak pun tunang orang. maaf ye diri ini tidak lar rajin mana pergi kenduri kendara. tapi disebabkan antara kawan-kawan rapat or sedara mara punya majlis baru terpacul muka nih. hewhew.

Ahad lepas, aku pergi majlis tunang my friend masa study dekat kolej Kptm dulu. wait! aku baru perasan since ada kat KL ni asek cakap benda kaitan dengan Kptm je.haha. apo apo je la.lulz
iyep si Farah Wahida. heheh.


we'olls kira di cop kembar tak serupa..haha..memang tak serupa pun. haha. Farah ni tak lar rapat gila dengan aku.but kenal and baik aje..sebab dulu si Farah ni sama kelas dengan housemates aku so dengan tak sengaja we'olls kenal.




tapi siapa sangka dah lebih 5 tahun dah pun tetap boleh jumpa lagi. first masa buat mini reunion hari tu. and now masa hari tunang dia pulak !so ber-reunion lar kitorang dekat Klang Lama dengan Amy antara yang rapat dengan Farah. hewhew

close friend. InsyaAllah

Tema tunang Farah ni kaler biru putih camtu lar. jarang sekarang nak jumpa orang perempuan buat tema kaler biru.

one more thing, pelamin mini yang dibuat sendiri. impressive !jimat kos tak payah sewa pelamin mahal-mahal. kalau aku pon prefer buat sendiri. tapi Farah punya cantik even simple. kita just nak.background sarung cincin je pun kan.hew

verangan nak buat sendiri.

hantaran dia pun I'olls suka sebab simple je tapi nampak nice. bagus Farah buat perancangan.hehe. Good Job. tang servis mekap dia mintak aku suggestkan. Import dari Melaka tuu..hewhew. so far even Nonie, mak andam kitew rushing datang rumah mekap, Farah tetap looks so.niceee ..cantek kembar I.

hantaran belah lelaki


Anyway, I wish your relation will ends up with beautiful marriage.InsyaaAllah.amin.. Congrates Farah Wahida. :-)



thanks for reading


Sent from Samsung Mobile

08 May 2014

Jumpa anak kucing baru !

Assalamualaikum

setiap hari Isnin memang antara hari 'lemau' for those yang kerja or belajar.betul kan?kan? so macam biasa bila hari senin malas nak fikir makan apa,balik kerja terus makan kat kedai siap-siap.kalau rajin memasak la ktorg kat umah sewa tuh.

so on that Monday haritu. balik keje mula terfikir kan perut dulu.hewhew.part ni yang susah.nak makan kat mana mesti tak tau. dekat area-area kitorang stay ni banyak je kedai makan.tapi mostly kedai mamak tak pun kedai tomyam.boring -_-

last-last ktorang decide pegi makan dekat One Shamelin yang baru tak baru lar bukak dekat Pandan Jaya. dekat dengan kolej lama I.

lepas makan tu, rasa nak round satu mall tu macam tak ada ape, so we decide balik je trus. masa kat parking dengar kuat gila suara anak kucing terjerit-jerit.

mula lar hati ni rasa tak sampai hati. nak jengah tapi fikir dua tiga kali.but then Zue ajak jengah balik. and yes nampak sekor anak kucing hilang mak terkapai-kapai dalam lopak berair kat situ.kesian nyesss

dah lar baru lepas hujan. mesti kucing tu sejuk.lepas tu siap bersin lagi. Zue tanya aku,nak amek bawak balik tak. aku macam belah bagi. nak tinggal kesian.tengok bulu dia macam 'rare' sikit.

so ktorang carik la kain-kain yang boleh guna nak balut dia. tak hado! then aku korban lar shawl aku buat sementara.hew.

masa jumpa ni memang tengah selekeh


gerak balik tu, zemangat betul kitorang nak shopping barang kucing. hewhew.. betul-betul nak adopt ni.lagi pun kucing tu baby lagi. kat rumah pun tak ada benda boleh kasi dia makan. dengan badan dia kotor lagi. mula la sifat pencinta haiwan ni datang.haha






kitorang siap fikir nak kasi nama apa kat dia.haha.act tak tau jantan ke betina.biasa kucing kalau besar sikit baru nampak jantan betina dia. so since we'olls jumpa dekat OneShamelin, ktorang bagi nama selamat sikit, Merlin. kihkih.okay tak?


Welcome to our home, Merlin. :-P

psst..lepas ni akan ada more update lgi pasal Merlin.hewhew
Sent from Samsung Mobile
Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign