Blog Farah Shahidah: Terminal Bas : Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

14 April 2014

Terminal Bas : Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Asalamualaikum !

since aku buat internship dekat KL, of course my main transport adalah public transport setakat ini.so every week balik Melaka aku akan naik bas express. masa ni lar terimbau kenangan masa penah study dekat Kolej KPTM Cheras dulu. aku stay KL dulu pun only for one semester during 2008, and almost 6 years tak naik bas. pergi KL tu ada tu pun pergi dengan kengkawan or family.

so now aku dah mula naik bas again bila nak balik Melaka and from Melaka pergi balik KL.lagi Melaka- KL tak ada lar jauh mana kan. but first time aku naik bas since dah stay KL balik ni, I really amazed with perubahan terminal bas kat KL sekarang. seriously nak banding dulu everytime balik mesti ke Pudu dulu. dulu Pudu sangat lar tak 'smart' nak banding dengan sekarang.

tak secure, sistem tak teratur, banyak orang pelik-pelik, peminta sedekah sana sini, environment yang tak selesa semua lar. sampai aku pernah terfikir, eh ni ke KL. hee. but now, people take note tentang keselesaan orang awam. and Alhamdulilah terminal bas telah pun di upgrade dari semasa ke semasa. even aku dah lama tak amek tahu pasal bas apa semua.hehe

sekarang ni untuk lebih memudahkan semua orang, pihak terminal sudah pun mengambil langkah awal untuk memastikan everything runs smoothly.comtohnya, sekarang dah buat 2 terminal dimana penumpang dari area Utara turun ke belah Pudu manakala people around selatan turun di terminal baru di Bandar Tasik Selatan which is Terminal Bersepadu Selatan (TBS). see?nampak lagi teratur kan?tak ada lar manusia semua dok berasak-asak pergi tempat yang sama.


baru-baru sampai KL orang cakap orang area Melaka, Negeri Sembilan and Johor turun TBS. then apa lagi sebab tak familiar lagi dengan tempat tu aku menggoogle cari Lrt apa ya ng turun situ. maklum lar lama tak pergi sini, dah lupa dah nama stesen LRT semua. and thank God, dari tempat aku LRT Pandan Indah yang paling dekat ada. and nak ke TBS melalui LRT Bandar Tasik Selatan pun dah senang.

first time nak balik Melaka turun di TBS tu memang aku pepandai bawak diri sorang-sorang. orang kata ringan mulut bertanya tak sesat jalan kan. so sampai je di TBS for first time, aku kagum dengan perubahan dengan semua facilities yang ada. servis pun terbaik. lebih selesa and secure.


ada lebih 20 kaunter provided yang jual semua tiket-tiket bas ke arah selatan. semuanya disatukan. so lebih senang tak perlu tercari-cari tiket di kaunter syarikat bas macam sebelum ni. and then lagi satu, once beli tiket dorang akan letak nama kita kat tiket tu. and letak no. gate untuk tunggu bas .


so kalau ada yang tak naik lagi bas bila dah on time, senang lar dorang nak announce nama kita, suruh cepat naik bas.before nak naik tu pun, ada staff yang scan kan tiket kita. so dari situ dorang boleh tahu sama ada semua penumpang dah naik ke belum. sangat sistematik nak banding dengan dulu.


antara facilities yang ada memang cukup lengkap and puas hati lar jugak. tingkat atas ada foodcourt, ada provided beberapa restaurant, kedai-kedai roti, macam-macam ada lar.tingkat bawah ada kemudahan kedai-kedai aksesori, kedai runcit, ATM, surau yang selesa, toilet yang bersih dan ruang untuk menunggu yang mencukupi.

turun daripada Lrt then nak bergerak masuk dalam TBS pun tak jauh.hanya melalu jejantas terus masuk ke dalam TBS.


lagi satu TBS jugak menyediakan kemudahan belian tiket secara online di https://eticketing.tbsbts.com.my/. lebih mudah untuk booking tiket awal. kadang-kadang tak boleh jangka kalau beli on time tu ada ke tak tiket. tapi nak beli online kena book awal 3 hari before hari berlepas.and boleh jugak beli tiket by machine yang ada kat tepi-tepi tu.lagi senang just perlu layan diri je.


so far I puas hati lar dengan facilities semua.setakat ni tak ada masalah sangat and selesa nak balik KL-Melaka setakat ni.hewhew.lagi jimat daripada naik kereta dengan tol, minyak pergi balik.huu. I just spend RM20 je pergi dan balik,murahkann..hewhew.

thanks for reading =)

6 comments:

  1. cantiklah terminal bas ni... akak tak pernah jejak lagi...

    ReplyDelete
  2. Yup fasha tbs selesa..n lau nak dibandingkan dgn hentian putra daif sgt,ayu slalu ulang alik kl klatan dr putra subhanaallah kesian tgk sesak sgt lau nak dibndingkan tbs..and tbs sgt convenient even first time pi mersing aritu sgt2 senang xsesak kpala otak sbb dh ala2 airport

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. sheila pun selalu naik bas balik kampung suami. malas nak drive, naik kat TBS sini, tidur berdengkur sepanjang jalan. sedar2 dah sampai terminal Kluang. hehehe TBS memang cantik dan selesa sangat ~~~

    ReplyDelete
  4. Eh boleh beli tiket bas via machine . Ada ke? Tak pernah nampak pun dan tak tahu.

    ReplyDelete
  5. sangat menarik sampai nak tergolek

    ReplyDelete

Comment please =D Thank you ^^

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign