Blog Farah Shahidah: February 2014

24 February 2014

bila bercakap pasal bisnes MLM ..

Assalamualaikum !

i'm really sure yang ramai dah biasa dengar pasal bisnes MLM or dalam ayat panjangnya multilevel marketing. and mungkin jugak ada yang pernah ikut join bisnes ni. I tak cakap salah or weyh, jangan masuk weh. ! tak. its up to anda semua sama ada nak join ke tidak. hak asasi. hewhew. sebab lain orang mempunyai persepsi yang berbeza untuk buat duit.

yes, I akui yang business jenis MLM ni jugak antara jenis-jenis bisnes yang korang boleh join untuk buat income sama ada secara sampingan atau pun full income. zaman sekarang semua perlukan duit. kerja bertahun-tahun pun belum tentu kau mampu bawa kereta mewah or beli banglo sebijik . so zaman sekarang jugak memerlukan manusia menjadi bijak mengatur hidup macam mana nak dapat side income yang banyak dan mampu hidup selesa pada masa akan datang.

as kita tahu pun berbisnes antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w. and I selalu dengar dalam dunia ni nak jadi kaya dengan dua benda je ni : buat bisnes and berpolitik. tapi mesti lar ramai yang memilih berbisnes sebab dalam dunia ni semua benda boleh buat bisnes. sebab berniaga tu adalah satu keperluan. kerja bertahun-tahun pun one day mesti rasa nak cari something yang boleh cover ur pocket money in the future. so berbisnes lar apa lagi.hewhew

so bila bercakap tentang MLM ni, I pun ada pengalaman even tak pernah join pun. I tak cakap join bisnes macam ni adalah salah. No! jalan bisnes dah betul tapi apa yang I boleh perhatikan cara people menjalan bisnes tu yang adakalanya tak kena. bagi siapa yang faham apa itu bisnes MLM sure korang dah tau macam mana nak naik from one stage to another stage kan? perlu cari orang, ada downline yang kukuh untuk sampai ke satu tahap. and kebanyakan yang berada di tahap atas pasti dah kaya raya income dah mencecah riban. yes memang perlu banyak usaha untuk sampai ketahap itu.


percaya atau tidak kadang-kadang disebabkan kita nak cuba pengaruhi orang sekeliling kita untuk ikut join skali, mula lar timbul rasa kurang best antara kawan dengan kawan, sedara mara semua. I percaya pada satu ni, bukan senang untuk cari orang, untuk kita pengaruhi orang. nak ajak bisnes mesti lah jujur, guna cara bersih tiada paksaan and etc.

kalau ikut pengalaman I hampir terjebak dengan MLM semua ni, memang bila pergi event dengar ceramah yang dia bagi, tengok testimoni orang yang dah berjaya semua memang mata mula lar blink2 RM. rasa macam wahh senangnya jalan nak kaya. wah terujanya. wah nak join lar. dalam kepala mula fikir nak ajak siapa and seriusly I feel da same.

tapi pernah tefikir tak macamana kau nak interact orang untuk join bisnes tu dengan guna cara apa, macamana nak buat orang tu follow kau and etc. kalau yang bijak handle benda-benda ni memang syabas lar. tapi dengan cara apa kau tarik?sebaiknya jujur and tiada unsur paksaan.

 I dah tengok macam-macam gelagat dah orang yang cuba nak tarik member or orang terdekat untuk join bisnes sekali. sebaiknya kalau boleh jangan lah bertindak sampai member tu tak senang dibuatnya. kau sanggup call berjam-jam supaya dia sudi luangkan masa untuk kau. ajak pergi somewhere tapi pergi event bisnes rupanya .belanja makan sekali ada udang disebalik batu. datang rumah kata nak jumpa rindu tapi ada sebab lain. so macam tak cantik kat situ kan?

that's why I kureng minat this type of business. seriously , I taknak lar disebabkan macam ni kau dah jadi kurang selesa dengan member kau yang ajak tu semua. yang tolak secara perlahan-lahan tu bagus lar. tapi kalau dah sampai member kau tak minat, tapi kau dok kejar jugak macam mana tu?yes, kekadang tak semua minat apa yang kita minat. memang perlu usaha lebih tapi pastikan usaha tu kena pada caranya.

I puji kawan-kawan I yang buat bisnes yang daripada nothing now dah mampu untuk sara diri tapi dengan cara yang paling diorang minat. and they really enjoy doing the business ! macam I pun I akan buat benda yang I suka. tiada paksaan.huu.so, setiap business menjanjikan yang terbaik so terpulang pada korang untuk bawanya.

thanx for reading =)








14 February 2014

ready for my internship !

Assalamualaikum....

I da start intern dah ! Alhamdulilah. hewhew. before nak intern tak prepare pape pun. I just macam tak ada perasaan nak pegi intern. macam follow the flow je. dengan kain baju pun tak kemas lagi. heh kau ingat intern dekat belakang rumah kau ke. ?haha. setelah my mom bising-bising baru lar tangan ni bergerak kemas beg. tapi itu pun  alar kadar je, bawak yang mana nampak je..bayangkan tak decide nak pergi macam mana. rumah yang bakal nak duduk tu pun tak tengok lagi just mengharap kawan yang sama intern dengan aku,Zue tengok kan.

disebabkan masih lagi dalam mood raya Cina lagi, so I start intern lambat sikit. 5 Feb. yeay! I gerak pergi KL pagi 4hb tu dengan my bro yang baik hati, Bob yang sanggup teman I da whole day. terima kasih abang Bob. jasamu dikenang. hewhew. sebab nak dapat masuk rumah sewa tu malam pukul 8. so nak abeskan masa punya pasal round-round satu KL dok study pasal jalan nak pergi One Utama. haha.

petang tu jumpa Zue and I terus naik dengan dia with all my barang-barang semua and terpaksa meninggalkan abg Bob akhirnya. malam tu baru kitorang mula lar projek pindah rumah baru. hewhew. dibantu Boipren Zue yang sangat rajin lagi sweet angkatkan barang kitew. haha.

so untuk permulaan my life dekat Kualala Lumpur ni, kitorang akan stay dekat Pandan Villa Condo tak jauh sangat lar dari BL Tan & Co tempat intern kitorang nanti. hewhew. budak rumah pun okay, Alhamdulilah. even susah nak nampak batang hidung. sebab balik keje terus memerap dalam bilik.

ni lar kawasan rumah ktorang stay
setakat ni everything okay je tinggal sini. boleh lar untuk 6 bulan kan. nak sangat keluar dari Melaka kan. lgi pun I setuju untuk stay and intern sini sebab dah familiar dengan area Pandan Indah. dulu masa belajar dekat kolej Kptm KL I selalu stay dengan makcik. rumah dorang dekat-dekat je kat sini. so janji ada Lrt paling dekat and tempat keje pun dekat dah kira okay dah tu.

so hopefully dalam tempoh intern ni, I boleh survive lar. and dapat belajar banyak benda kat tempat intern ni. tu yang penting =)

thanks for reading =)

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign