Blog Farah Shahidah: 2014

11 October 2014

semua orang mesti ada Daily Planner sendiri !

Assalamualaikum

sekarang ni bila ada masa terluang, aku mesti akan cari bahan-bahan bacaan yang menyeronokkan dekat internet. tak kesah lar dari segi apa pun. bila teringat satu keyword pun aku dengan pantasnya akan search dekat google. Mulanya aku nak google pasal nak cari inspirasi nak deko my bedroom dekat youtube. sampai lar aku terjumpa ada satu vlogger youtube ni dari oversea. Belinda Selene. She's is so adorable I guess. dia punya same interest dengan aku.I like her style sebab dia seorang yang sangat organized !



Really impress dekat vlog dia sebab, dia selalu update pasal beauty, decorations and macam-macam lar. untuk kita-kita yang perempuan ni supaya hidup lebih organize, smart and kemas. so antara vlog dia, dia ada jugak selitkan pasal Daily Planner. mula tu aku macam tak heran sangat setakat daily planner je pun boleh beli kat mana-mana. siap nak buat vlog bagai. hew!

Then, aku terjumpa banyak jugak vlog-vlog lain yang cerita pasal Daily Planner ni. sampai ada tu yang dah macam 'addict' dekat Daily Planner sendiri. kalau ikutkan yang apa aku search, kat oversea diorang dah jadi kan Daily Planner tu macam amalan harian diorang dah. see? betapa teraturnya hidup bila ada organizer macam Daily Planner ni. and I can see a lot of benefit bila ada Daily Planner ni.

tengok ni, berapa ramai vlogger yang cerita pasal Planner..

Setiap hari hanya perlu catatkan perkara-perkara penting dalam hidup, what to do, what to buy and so on. Yang menariknya,diorang siap deko lagi Planner diorang supaya nampak cantik and tak sakit mata bila nak refer nanti. bukan sekadar conteng-conteng camtu je.


cantik tak Belinda Selene ni deko Daily Planner dia?whoaa


Selain tu Daily Planner ni jugak dorang turut jadikan bisnes dekat sana. korang boleh search dekat website Erin Condren yang mengeluarkan pelbagai jenis Daily Planner yang cantik-cantik untuk korang pilih mengikut jiwa masing-masing. siap ada jual sticker,colour pen, memo pad and macam-macam lagi aksesori untuk mencantikkkan lagi Daily Planner tu.

Seriously really inspired me untuk ada satu Daily Planner sendiri. Aku yakin tak ramai kalangan kita yang rajin nak buat benda yang kita rasa remeh-temeh macam ni tapi ini la yang dorang buat dan sebenarnya banyak memperbaiki aturan hidup mereka. Actually,setiap orang perlu ada Daily Planner sendiri. tak kesah lar yang dibuat sendiri (DIY) atau pun beli je yang dah already printable. berlambak kat kedai-kedai buku yang ada.

So bila ada Daily Planner sendiri korang boleh bandingkan dengan orang yang tak ada Daily Planner. totally different. believe me ! Lain la korang jenis yang semua plan dah memang ada dalam kepala dan sentiasa ingat je. hehehe.Your life akan jadi makin teratur, sebab bila kita senaraikan plan mengikut hari, minggu, bulan mahu pun tahun, surely kita akan cuba capai target tu.

Biasa handphone adalah benda yang selalu berkepit dengan kita mana je kita pergi. so why not, lepas ni sama-sama kita wujudkan satu Daily Planner as 'kawan baik' kita.pergi ke mana sekali pun sentiasa dok heret bawak sama.hehe. InsyaAllah after this I'll share my own Daily Planner pulak. ok? sama-sama kita organize our daily life =)

Thank for reading, =)
farahshahidah

02 October 2014

first interview.

Assalamualaikum

Lama tak jenguk blog. Ayat typical blogger-blogger. Hee. Okay ape aku buat sekarang? Mesti la misi mencari kerja. Sudah fitrah fresh graduate yang tak berapa fresh ni harus mencari kerja.bila lagi nak bina kerjaya.huu

Seriously aku tak ada pengalaman menghadiri interview. Begitu noobs diri ini. Harap kan penah belajar masa subject English masa kat UITM dulu ada la. Untuk setakat ni, first time interview aku, kat Melaka Wonderland position Income Audit. Pengalaman kurang jangan harap boleh demand gaji tinggi.

Second interview, aku dapat call dari one of confidential company from Singapore for position Tax Assisstant. Mula tu ragu-ragu company amende ni. So dorang asked to come from interview. Later tu aku dapat email interview confirmation daripada dorang. Interview tu dibuat kat Sircosa Bar and Lounge, Holiday Inn Melaka.

Agak rare pulak rasanya interview buat kat tempat open macam tu. Then after reply confirmation, aku pon datang on that day. Tepat pukul 1.30 ptg macam tu la aku di interview. Rupa nya that was company KPMG Singapore. Gulp. Sumpah terkejut. Siapa budak accountancy mesti tau apa tu KPMG. One of big 4 company. Bukan calang-calang orang dapat kerja sini.lol

Interview was biasa-biasa je. Macam yang dorang beritahu, the interviewer ni bukan dari KPMG Malaysia tapi KPMG Singapore. So dorang nak bukak new firm dekat Melaka. So sedang sibuk cari new employee lah kan.misi dorang nak cari fresh graduate yang efficient in speaking and writing English sebab so far akan banyak communicate dengan orang Singapore. And dorang prepare training for those yang betul2 minat nak buat tax.

So high expectation memang tinggi I guess. Rasa kerdil betul diri ini.sobs. But, I tried to jadi diri sendri and jawab je semua yang ditanya. Salary offer boleh tahan la.sesuai dengan workload and pressure plus kat centre of Melaka. 

So far, aku tak letak harapan tinggi kat second intrview ni. Sebab aku rasa ramai lagi saingan yang hebat-hebat.huu.kalau dapat tu luck gila lah.tapi kena fikir lapan belas puluh ratus kali.hahaha

Thank you.



Sent from Samsung Mobile

22 August 2014

Belog bermuka baru

Assalamualaikum

Long time no news, sejak- sejak habis internship terus diam membisu. tak sengaja biarkan blog ni tak berusik. Actually, for your information belog aku ni mengalami under construction untuk beberapa ketika. Hidup perlu kan perubahan, belog pun kena ada perubahan. hehe.

so nak cerita sikit apa dah jadi dengan belog aku. okay akibat kebosanan melihat belog aku yang sedia ada sebelum ni, tambahan pulak tak ada masa nak edit template bagai, aku ni pulak kalau dah menghadap edit-edit semua memang satu kerja tak jalan, so aku mengambil langkah alternatif dengan meng 'hire' seorang rakan blogger untuk edit kan belog aku. Terima kasih to Aimi Syafiqah sebab sudi melayan kerenah dan contribute idea-idea yang somel untuk belog saya ni! =)

boleh la jenguk-jenguk belog Aimi ni. nak tempah template pun boleh.hee


since I am a purple lover so aku still kekal kan theme purple tu till now. everything semua idea cik Aimi kita.thanks bebanyak. seronok sebenarnya kenal dengan blogger lain ni.hee =)

okay lain update tentang aku, sekarang aku boleh dikategorikan as penganggur even aku tak suka dengan title penganggur tu :P . well, since dah tamat internship aku almost 6 months, dekat sebuah audit firm di KL, banyak kenangan manis pahit yang InsyaAllah aku boleh guna bila dah bekerjaya nanti.ceh! last day my internship was on 25th July 2014. sepatutnya habis 31 hb, tapi disebabkan nak beraya punya pasal, aku dapat quit awal, yay !

so bila habis adalah satu benda yang sangat lega gila weh! so macam-macam plan nak buat. nak buat itu ini. dalam kepala dah verangan macam-macam nak buat bila balik Melaka. kalau tak kerja lagi aku berangan nak belajar menjahit sambil-sambil. saja nak tambah skill kan. ehehe.

aku lebih menghargai masa balik Melaka kali ni.tak tau kenapa.padahal dulu kemahen lagi tak heran dok rumah. nak stay jauh-jauh.independent la kunun.but dah pegi baru tahu. kekadang tak semua yang kita suka tu menjadi and baik buat kita. since aku dah realize yang better for me balik Melaka, aku dah fikir macam-macam nak buat.huu.

so lepas ni masa update belog InsyaAllah banyak masa. so currently aku still applying kerja. doakan aku dipanggil bekerja ye. belum sebulan dok rumah aku dah bosan tak terhingga. ehee.

so apa-apa pun I'll start with my belog dulu. InsyaAllah lepas ni belog aku ada sikit perubahan mungkin. tak tau lagi dari segi apa.mungkin content lebih pada input daripada merapu.kihkih. I want make writing blog as my passion, and bagi input kat pembaca.hopefully !

Anyway, lets start our day with happiness. Happy blogging semua ! =)

14 July 2014

Ganu Kita : on my way ,KL- Kemaman

Assalamualaikum

Sebelum ni,baru seorang classmate dekat degree aku ni kahwin. syukur Alhamdulilah.. lepas tu seorang lagi kawan we'olls Che Wan kahwin. ehee.suka benau tengok member-member kahwin. tapi kali ni bukan dekat-dekat tapi sampai Kemaman sana tuh.

Actually, masa sibuk-sibuk face final exam before ni, kitorang ada pakat-pakat nanti nak pergi wedding Che Wan.plan punya plan.tapi who knows kita merancang tapi belum tentu plan menjadi. punya kejap jadi kejap tak,last iolls jugak yang pergi sorang. ehee..

Kalau dari Melaka ke Terengganu memang mak datok lama I guess, tapi kebetulan tengah ada dekat KL I grab this peluang pergi Kemaman.Sambil menyelam minum air.Kebetulan memang nak pergi rumah one of my friend yang rapat masa dekat Uitm, Marni.bila lagi nak pergi kalau bukan sekarang.hew.so alang-alang ada dekat KL, alang-alang Che Wan kahwin,alang-alang free, sampai jugak ke Kemaman.yeeehaa !

kalau cakap kat kawan-kawan yang aku nak pegi Kemaman ni, semua akan cakap weh jauh gila weh..penat kau nanti..bla.blaa..bla..tapi the truth is.. tak ada la sampai berjam-jam lamanyaa.sebab I'olls ke Kemaman, not ke Kuala Terengganu. Disebabkan ada dekat KL ni, so jarak ke Kemaman dekat sikit la nak banding Melaka-Kemaman. almost 3 hours je.

habis keje terus meredah pergi cari Hentian Putra

bersungguh-sungguh Marni ajar macamana bila sampai sana,nak turun kat mana sepatutnya.hewhew.nak-nak pulak aku ni jenis suka main redah,suka take easy benda yang orang rasa eii susahnya..aku pun meredah sorang ke Hentian Putra yang first time aku jejak tuh.pehh.yang aku tau Hentian Putra tu dekat dengan PWTC.so aku main agak-agak je turun LRT PWTC.da smpai was-was pulak eh betul ke Hentian Putra dekat sini.haha.

first time jejak Hentian Putra

so bila diringankan mulut bertanya orang,baru la tau kena jalan sikit ikut jambatan baru nampak nun diseberang jalan tu Hentian Putra.haha.naif betul hamba ni.pfft.so beli tiket on time punya la selamba, finally dapat ke Kuala Terengganu.so sape yang turun ke Kemaman, bas akan drop kat certain tempat before dia proceed lagi 2 jam ke Kuala Terengganu.so far,aku dapat tiket pukul 9 malam Jumaat lepas blik keje tu jugak.so bajet-bajet pukul 12 mesti sampai Ganu.

So on my way memang diisi dengan tidur.eh tak jugak sebab first time travel naik bas sorang-sorang ke Ganu ni, I'olls lebih tengok luar je.hehe.tapi disebabkan gelap apa pun tak nampak.hii

Travel alone,lol

Alhamdulilah pukul 12 macam tu, I'olls da sampai Cherating.so for those yang pergi balik Ganu, bas memang akan berhenti rehat jap dekat kedai makan kat Cherating ni selama 1/2 jam.so nak makan ke, terkucil ke apa ke sempat lagi.sebab ye lar mostly dorang ni ada lagi 2 jam ke Kuala Terengganu.macam kita ni yang ke Kemaman ni tumpang lar sekaki rehat sekali.

after setengah jam, baru bas proceed jalan.so yang nak turun ke Kemaman memang dah tak jauh dah so get ready jangan tertidur pulak.kuikui.tak sampai 10 minit, dah tiba Kemaman and boleh request kat pakcik bas tu nak turunkan kat mana. so.Marni dah pesan,suruh aku turun dekat depan Hospital.

Alhamdulilah, turun bas nampak terus muka Marnie nak amik aku bawak balik rumah dia.heww..so esok tu nak pergi wedding Che Wan yaw.Bila dah sampai, benda pertama aku fikir, tak ada lar jauh sangat Kemaman ni. cehh. :-P
and kalau nak tahu tambang just around RM 24++ je. punya la expect lebih RM 50.lol..kalau tak pergi tak tau ye idokk.

Thanks for reading

Sent from Samsung Mobile

06 July 2014

Internship Kat Audit Firm

Assalamualaikum.

Another 1 month to go.tak sangka cepat betul masa berlalu untuk I habiskan praktikal dekat Pandan Indah, Ampang tu. so ketika post ni ditulis, I otw balik KL di pagi hari yang hening.kehkeh.

untuk 3 months ni dah banyak kali I pegi ulang alik Melaka-KL.kalau dikumpul tiket-tiket yang dah beli before ni dah boleh buat collection dah tunjuk pada anak-anak.ni tiket mummy ulang alik pi intern kat KL dlu.hahaha. mentang-mentang tiket Melaka-KL sploh hengget je. kau buat macam sehengget je.wuu


nampak gaya macam seorang yang homesick pegi balik pegi balik membazir duit. yepp. tak rasa bezanya if stay KL atau Melaka. everywhere pegi mana sekali pun we still use money.Kebetulan tempat intern ni pun pinggir bandar so life pun macam pegi balik kerja je hari-hari.Plus diri ini dah kurang berjimba banding dulu kala.hehe.

Alhamdulilah almost 5 months intern di audit firm adalah satu pengalaman yang agak baru for me kalau mengikut skop belajar yang sebenar.Terlalu banyakkk sangat ilmu yang dapat kat sini. No wonder la perlunya praktikal dahulu sebelum masuk ke dalam alam pekerjaan yang sebenar.tak ada lar 'culture shock' pulak nanti.hehehe
ni Zue.kawan uitm yang sama-sama intern.

masa awal-awal masuk intern dekat sini, seriously rasa janggal sikit sebab dah bertahun-tahun belajar tetiba pulak kerja. tau-tau je lar kalau keje kita follow office hour,malam dah tak ada nak buat apa dah. hari-hari pergi balik kerja, no more final exam, no more study hard.so time ni lar rasa rindu membuak-buak dekat KBM, rindu menghadap test & final papers, rindu ikut timetable kelas, rindu nyaa nak jadi student yang just focus on study. rendu kemahen lagi.masa ni la hargai saat-saat belajar dulu.hehehe.

Ni Ajim, kawan sama Uitm jugak, dia banyak tolong kitorang masa
terkapai-kapai sebelum ni. hewhew

so benda tu really happen masa first week masuk intern. rasa macam weh tak best nya kerja. but mahu or tak kena face jugak. and sendiri macam tak percaya pejam celik pejam celik, dah berbulan-bulan rupanya masa berlalu.seriously ! tak perasan dah nak habis dah !

so far, I really recommended sesiapa yang nak baru nak praktikal better choose audit firm if you really wanna learn more. tak tipu !dulu sendiri pening nak amek apa for praktikal nanti.so setelah dok tanya kawan-kawan yang dah penah intern sini, I pilih jugak audit firm. yes, finally !

pernah merasa sekali audit luar, baru 2,3 hari dah nak rasa nak balik ofis cepat.hehe

kerja kat sini setakat ni tak terlalu stress, Alhamdulilah. semua staff kat sini baik-baik belaka. ni yang kita nak, kalau kerja banyak pun tak terasa if our environment okay. betul tak?setakat ni, everything berjalan dengan lancar.banyak benda baru yang dapat dekat sini. setiap company yang I handle, mesti ada belajar benda baru.

bila ingat balik masa baru-baru buat audit, sumpah blur gila.macam hape pun tak tahu. plus kat sini bukan style suap, so kena belajar sendiri jugak .so I banyak belajar bila ada some probs happened.penah lalui situasi yang agak stress bila kena handle satu company ni which akaun dia tak berapa nak cantik. diberi pulak pada we'olls yang serba tak tahu ni. memang bila ingat balik rasa stress gila weh. but then I should thanks jugak dekat Fendy, abang yang guide us sepanjang intern ni sebab even dalam pada stress, I've got something weh !
kalau bukan macam ni, bukan audit firm namanya. hewhew

macam mana nak handle orang yang tend to nak marah-marah kita, belajar daripada kesalahan sendiri. kalau tak buat company yang agak 'disaster' ni mesti I tak learned something.seriously !. takkan nak buat domain je memanjang and masa tu lar I rasa buat audit tak lar seteruk mana. cuma 'renyah' sikit. banyak benda perlu di take note. because kita yang kena perbetulkan akaun orang. so far, Alhamdulilah. I still dalam proses belajar lagi.

makin lama makin I faham lar jugak nak dibandingkan masa first week dulu, hewhew.and boleh proceed buat audit sendiri. but sometime kena bertanya jugak. but now I tak tahu lar if dah keluar nanti,nak proceed buat audit or tak. tapi tak kesah lar kalau buat akaun, dah boleh  faham dah apa yang orang audit mahu kan, and kalau nak proceed audit pun its okay !=)


and now I dalam process membilang hari nak tamat kan my internship ni. seriusly banyak pahit-manis yang I got sepanjang 6 bulan kat sini. InsyaAllah bila keluar nanti,I lebih bersedia.sangat hargai setiap peluang yang dapat kat sini.kalau ada stress-stress tu benda biasa lar kan? InsyaAllah dipermudahkan segala urusan nanti. Amin.. doakan dimurah rezeki nanti, ya?

Thanks for reading =)
farahshahidah

04 July 2014

Saudara Baruku, Felixia Yeap

Assalamualaikum

Alhamdulilah, sudah beberapa hari sambut bulam Ramadhan,macam sedar tak kejap je dah nak puasa.syukur dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat ini.memang tunggu-tunggu saat puasa setiap tahun.

anyway, aku nak ucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada sume bloggers, readers and to all umat islam.Actually, bulan puasa kali ni macam terasa cepat sangat datang.terasa rugi benar kalau tak gunakan peluang kali ni dengan sebaiknya untuk perbaiki segala kelemahan diri,segala ibadah wajib mahu pun sunat.masa.ni lar nak kumpul pahala semua.

dalam bulan puasa ini jugak kita dikhabarkan dengan berita penghijrahan Felixia Yeap untuk memeluk islam.really impressed me!syukur Alhamdulilah.Allah Maha Besar.seriously even I'm Muslim, rasa cemburu benar dengan dia. >_<

dari situ kita boleh sedar betapa indah nya perancangan Allah.Dia lagi maha mengetahui dan Maha menentukan.

aku kagum bilamana dia yang asalnya jahil tentang agama islam akhirnya memilih untuk memeluk islam. who knows.semua bermula dari kita sendiri.luaran,pemakaian mahu siapa diri kita tak menjamin kita ke syurga.

belum tentu lagi kita yang lahir celik-celik mata seorang islam,dibesarkan dengan suasana islam,sudah cukup sempurna yang kita ini Islam sepenuhnya.siapa tahu,orang yang sering berbuat dosa,langsung tidak tahu tentang Islam,kalau Allah detik kan hatinya untuk mendapat hidayah,so sekelip mata semua boleh berubah.silap-silap boleh bertukar posisi. 

aku jenis yang teruja bila baca kenyataan orang yang mendapat hidayah.aku kagum. rasa betapa cantiknya aturan Allah. macam Felixia.sudah tertulis dia diberi kesempatan untuk mengenal Allah dalam usia sekarang.Semoga dia terus istiqamah dalam perbaiki diri.diberi kekuatan menghadapi apa jua dugaan hidup.

kita yang Islam ni pun kekadang kurang memperbaiki ilmu agama.tapi orang yang diberi hidayah berusaha cari ilmu quran dan hadis untuk menguatkan lagi fahaman dalam Islam.subhanaAllah.

siapa kata,kita yang sedia Islam ni tak boleh lakukan penghijrahan. perkara tu dah lama aku fikirkan sebenarnya.hijrah yang bukan saja dari segi pakaian.apa guna luaran tampak sempurna tapi dalam tak bersih lagi.tutur kata tak sempurna lagi. mahu mulakan dari hati. ya, HATI.


Doa aku buat saudara baru kita, Felixia Yeap.Semoga kuat dalam menempuh alam baru sebagai seorang Muslim yang dirahmati Allah,InsyaaAllah.semoga Allah sentiasa melindunginya dan sentiasa dipelihara.Dikurniakan rezeki halal dan dipertemukan jodoh yang mampu membimbing ke jalan syurga.Amin..

Thank for reading,
Farahshahidah

Persiapan Raya: Dulu & Sekarang

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ! =D

Semakin umur makin meningkat dewasa ni, memang aku rasa Raya aku totally berubah..sikit demi sedikit...
kalau tanya pada semua orang mesti semua akan rasa Raya masa kecik lar paling best sekali...tapi takkan lar aku nak jadi budak kecik je sampai bila-bila kan..heee..Life must go on...and harus berubah..cehh!

tapi bila imbas balik semua kenangan Raya dulu, buatkan aku rasa nak pinjam pintu Doraemon and masuk ke zaman dulu-dulu...bestnyeeess..tapi tak mungkin kan...kalau nak cerita pasal bezanya...memang tersangat beza okeh...sob3

Pertengahan Bulan Puasa

DULU

aku dah mula berkampung dah kat kampung moyang aku dengan nenek sedara semua...time-time ni diorang (becoz hanya mereka sahaja almaklum aku tau main je masa tu..hehe) dah mula buat kuih raya...macam-macam jenis buat...biskut ke,kek ke ape ke...semua dok sebok main tepung...aku suka tengok and menyebok je masa tu..yela budak-budak lagi so mak aku tak bagi usik budak-budak kan main kotor..

kuih tart gulung wajib ada..tapi ni mesti paling laku..aku la keje kan,.hehe

SEKARANG

dah banyak jenis kuih raya ada jual kat pasaran sekarang ni...orang buat tempahan pun dah ramai ada..order jeee...ape lagi...tengok kerajinan nak buat kuih raya dah makin kurang...kalau rajin pun aku dengan mak hanya buat 2,3 jenis je biskut..yang lain beli jee.hehe..since moyang dah pun meninggal, suasana buat kuih raya macam dulu dah tak ada dah... buat kat rumah sendiri je...rumah taman apa lar meriah sangat kan...

Baju Raya

DULU

nak pergi shopping raya adalah satu benda yang sangat aku nanti-nantikan masa budak dulu..hehe...kalau shopping mesti nak 1 set..kasut nak tumit tinggi..baju nak macam ni..macam tu...siap ada stock baju untuk raya pertama,kedua dan seterusnya..haha..tang baju first Raya mesti nak boria satu family, and normally mak aku akan tempah untuk da whole family...so dah dekat nak raya tu memang dah tak ada nak fikir pasal baju raya...semua dah siap...tinggal packing nak bawak balik kampung je..

pilih-pilih kak...


SEKARANG

disebabkan sekarang ni dah merata-rata dah baju pasang siap dijual, cakap je nak corak apa saiz apa, kain apa semua ada..semua benda dah kat hujung jari je..tinggal keluar duit bayar je..dah tak ada dah nak tempah-tempah sangat macam dulu...kadang-kadang tu beli yang dah siap ni lagi murah daripada tempah kat orang...and preparation for baju raya family aku pun dah tak beriya-iya macam dulu...just ada dalam 2,3 pasang okay dah..


Malam Raya

DULU

malam raya laa malam paling syahdu sekali..bila dngar takbir raya rasa macam happening sangat nak raya,
beraya kat kampung memang sangat sangat sangat best seriously...semua saudara mara balik..memang heaven lar,bakar mercun, men bunga api, pasang pelita,sampai cam nak melatah je pakcik yang nak pergi masjid dek kena baling mercun dengan kitorang..haha..masa tu stock mercun, bunga api ni sangat banyak..main satu malam pun tak terhabis, so kitorang akan main sepuas-puasnya gedebam gedebomm sampai tengah malam sampai moyang aku dok bising suruh masuk tidur..heheh..yang mak-mak pula dok sibok rebus ketupat,buat rendang, lap pinggan mangkuk, susun kuih raya semua...

aku suka mercun ni..sebab banyak..and bila meletop pon best 


SEKARANG

masak rendang,ketupat semua kat rumah sendiri je..sob3..kalau dengan takbir pun rasa syahdu jugak tapi tak rasa macam mana suasana kat kampung..sekarang aku dah tak main mercun bunga api bagai ni...so adik-adik aku lar main...aku tengok diorang main pon aku yang bosan..haha...apa lar sangat main kat kawasan rumah taman...tak gempak mana pun..hehe...pelita pasang jugak tapi berapa batang je lar...aku dengan mak sebok kat dapur dok prepare ni prepare ituh..

Di Pagi Raya

DULU

pukul 5 pagi mak dan nenek aku dah bangun...mak datuk awal benar...diorang dah start prepare apa yang patut, lepas tu kejot kitorang yang kanak-kanak ribena ni bangun mandi...kemain liat nak bangun mana tak nya tidur lambat main mercun malam tadi,bila tang nak mandi tak boleh blah...air kat kampung sejuk sampai ke tulang, tapi mandi jugak bila mak dah dok bising-bising..tak sabar nak pakai baju raya pun sama jugak..hehehe..dah siap, mula duk makan ramai, lepas tu salam semua saudara mara aku yang ramai itu..memang happening..Iolls kan budak lagi masa ini lar time yang best dapat merembat duit raya...banyak tuuuu.....

rendang tok yang aku cari-cari

SEKARANG

Bangun pagi tak adalah seawal pukul 5 pagi..tapi awal lar jugak...macam bangun nak pegi sekolah...tak tidur kat kampung tapi kat atas tilam rumah sendiri,pagi tu jugak salam mak ayah kat rumah sendiri and then baru gerak pi kampung jumpa berkumpul dengan saudara mara pulak...yang tu jelar happening, makan ramai-ramai satu family mak aku semua ada...then pergi solat Hari Raya, pergi kubur moyang, dan nenek...wuuu syahdu...then as usual, salam menyalam dengan semua ahli keluarga, siap buat rotation start ngan atuk, then paklong,pak ngah sampai lar ke Busu.. then sesi bergambar macam biasa, lepaih tuu, pi belah bapak aku pulak...macam tu lar bertahun-tahun...

Raya-Raya Seterusnya

DULU

1,2,3 hari raya memang tak boleh kacau...disebabkan saudara mara memang ramai sangat, so time2 ni lar pergi beraya sini sana...after raya ketiga tu baru lengang sikit, so budak-budak macam aku ni..mula lar guna kesempatan yang ada pergi raya satu kampung...masa tu ada kawan-kawan lain kat kampung..so satu rombongan pegi jalan raya rumah tah sape-sape tah dari ulu kampung sampai lar ke hilir..sampai mak dok hangen tah celah mana aku pergi raya masa tu..haha..dulu dah macam trend budak-budak jalan raya ni..siap ada lain-lain group...haha

SEKARANG

zaman adik-adik aku pulak lar pegi jalan raya...tapi budak sekarang makin lama dah makin kurang nak jalan raya ni..dah segan kot...lagi satu budak-budak sekarang dah demand lebih..tak main duit seringgit dah..kemain dorang nih.. aku pulak lar yang melayan kanak-kanak riang ni datang rumah..tapi jarang kot..biasa mak aku yang layan..mak aku bab handle budak-budak ni serahkan kat dia.. aku macam biasa anak dara kena tolong apa yang patut lar...memang jadi bibik kat dapur.. and Alhamdulilah kawan-kawan aku tak putus-putus datang...masa tu lar happy, pastu pegi jalan raya dengan diorang...nak pegi semua rumah kawan yang ada kat Melaka ni memang tak terpegi laa..yang mana dekat-dekat tu In syaa Allah laa..huu


banyak beza kan...?memang laa dulu kecik-kecik...sekarang dah fasa kita nak dewasa..bukan nak dah...dah dewasa dah pun..tapi lepas ni aku akan melalui fasa lain pulak..bila aku berumahtangga In syaa Allah suatu hari nanti lain pulak cerita nya....macam mana pun kita tak boleh  nak patah balik masa dulu, just apa yang boleh kita harap, Raya-raya akan datang lebih bermakna In syaa Allah =D


Thanks for reading,
Lots of Love,
farahshahidah




Simpan Gambar dan Video

Assalamualaikum !

Baru-baru ni aku hampir bergaduh dengan adik lelaki aku disebabkan gambar-gambar dan video-video yang aku simpan dalam lappy semua hilang since dia pinjam bawak pegi ofis tempat dia keje..
kamu tahu apa aku rasa ketika itu...dush3..banyak gambar kenangan wehh...semua nya hilang apa aje yang tinggal...sudah lar gambar masa aku sekolah dulu banyak yang hilang maklum dahulu kala noobs sikit nak cari storage yang besar nak simpan gambar-gambar digital ni dek kerana aku yang kaki gambar ni...

nak dijadikan cerita, puas aku godek kat lappy aku tak ada jugak...rasa macam hilang macam tu je kenangan-kenangan diploma semua...adik aku kata dia buat back up...tapi macam tak hado je...ke aku yang tak pandai cari...aku godek lagi dan suddenly terjumpa jugak folder gambar yang mak datok banyak tu ada je sebenarnya...ouh terasa bersalah pulak dengan adik aku...punya laa rajin dia bawak lappy pegi ofis dia sebab nak kasi format balik..dia keluar duit aku pulak bising-bising..maap kan kakakmu ini.. >__<

dengan pantas aku keluarkan segala harta karun milik aku tuh then transfer masuk pendrive 16gig..dengan konfidennya akan lebih selamat dan storage yang agak besar...
tapi selamat ke?mungkin sekarang selamat...akan datang kalau kena virus, pendrive hilang ke macam mana cerita pulak tu??

banyak betul folder aku..pening jugak nak manage

maka dengan itu aku mencari solusi bagi mengatasi masalah ni...mengambil langkah precaution sebelum apa-apa berlaku..selain guna hard disk ke, thumbdrive ke burn into cd ke,untuk lebih selamat boleh la guna laman web seperti ini untuk menyimpan gambar korang yang sangat banyak itu..

ada banyak lagi website yang boleh simpan gambar2 or video2 semua, tapi yang ni antara the most people guna la...just sign up then dah boleh guna dah...macam aku, aku berminat guna  Dropbox since apps dia boleh install dalam phone and agak memudahkan untuk aku transfer terus direct daripada phone...

so tak ada masalah lagi kalau gambar hilang ke pendrive hilang ke just ingat password korang sudah...takkan password pun susah nak ingatkan..hehehe...korang simpan gambar macam mana?kalau korang ada suggestion yang lagi bagus mana la tau kan...just sharing by drop ur comment below...hehe !

thanx for reading,
lots of love,
farahshahidah

03 July 2014

Resepi : Kerabu Mangga

Assalamualaikum

Dekat dapur, dah berlonggok-longgok mangga entah mana datang, nak kata dari depan pokok depan rumah macam tak relevan sebab tak banyak mana pun berbuahnya macam malu-malu nak berbuah je. rupanya ada pakcik mana entah bagi . Dah berhari-hari mangga tu dekat atas meja dapur tak berusik sebab still muda belia lagi siapa nak makan masam-masam gitu


then, since dah berhari-hari, dah nampak ada kuning sikit-sikit, I was thinking apa benda lar boleh buat dengan mangga yang banyak bebeno ni. tiba-tiba mood kerajinan datang rasa mengidam pulak nak kan kerabu mangga. hehh biasa nya jumpa kerabu mangga ni time kenduri je. then nak try buat sendiri . main belasah je campur-campur apa yang ada kat rumah. hehh




bahan-bahan yang aku guna nak buat kerabu ni just :


beberapa biji mangga tak berapa muda/ tak terlalu masak(buang kulit then kasi sagat)

kelapa parut (rendam dengan air panas dulu then tapis ambil hampas dia)

cili padi 

serai ( kasi hiris)

bunga kantan (hiris)

daun limau purut(hiris)

limau sambal (untuk perahan)

garam & gula secukup rasa

cara nak buat sangat senang, campur kan semua bahan-bahan tu dalam satu mangkuk, gaul then gaul sampai sekata, ikut sesedap rasa .

and presenting .....



ni lah kerabu mangga resepi sesedap rasa aku. haha. nak sedap boleh letak benda lain ikut selera korang la and apa yang ada dekat rumah pergi godek. hehh.boleh meratah-ratah sambil duduk depan tv. kehkeh. Mangga jugak baik untuk diet ya ibuk-ibuk bapak-bapak cewek-cewek  sebab :

-kandungan gula yang semulajadi untuk menurunkan kolestrol
-mangga adalah buah yang berserat yang boleh bantu proses pencernaan  =)

thanx for reading
lotsoflove
farahshahidah

Anak Kucing Baru

Assalamualaikum

Saya ada kucing baruuu !! hehh . macam dapat apa lar pulak. kununnya tak mahu cari pengganti Lona tapi memang dusta belaka . kehkeh . Act aku pun tak sedar bila start tah aku mula jadi pencinta kucing agaknya. hewhew. dari dulu memang suka kucing gilo-gilo tapi sekarang suka tu dah tahap sampai penyayang macam orang sayang baby peluk chiom semua.

ke sebab dah lama tak pegang baby / tak dapat adik kecik??tak jugak. and mungkin ni la perasaan yang Allah dah bagi kat aku untuk sayang kat binatang nama kucing kot. Eh tapi semua binatang aku sayang wohh !
okay macam mana aku boleh jumpa itu kucing .? alkisah since dari pada satu malam tu telinga aku ni asek dengar kucing ngiau memanjang . tapi aku buat dont know. Pagi besoknya, lepas subuh pun bunyi jugak. mak ayah adik-adik aku pergi kerja/ sekolah aku sambung tidur. Then mata aku terbukak balik sebab dengarkan anak kucing ngiau lagi . 

Aku yang mamai macam tidur tak cukup hari ni gagah kan badan bangun pergi bukak pintu belakang rumah aku, nak nengok mana datang bunyi anak kucing tu. knon nak jadi penyelamat. ceh. bukak je, eh tak ada pun, mana datang bunyi pulak ni. aku tinjau sini sana. then ternampak sekor anak kucing kaler oren terlompat-lompat sambil dok jerit-jerit mintak makanan kat rumah selang satu sebelah rumah aku.

nampak anak jiran aku tu campak-campak sisa kat dia. dia makan dengan lahap kemain. habis jerit lagi mintak. makan habis mintak lagi . ohh myy ! rasa macam kesian pulok tengok kecik-kecik mintak makan sendiri .part cam ni yang aku lemah sikit. 

aku pun buat-buat panggil dia . then kucing tu toleh aku terus berdesup pergi dekat aku. masa tu dah mula rasa prihatin sangat dah kat kucing ni. heh. aku bukak peti ais cari-cari apa yang ada. luckily jumpa ada ikan kembong yang keras sejuk lagi. aku bagi je kat dia. dengan rakus dia makan tanpa peduli ikan tu sejuk.ini betul-betul lapar nih. hahaha . dia makan.. dan makan sampai 2 ekor sekali..fuhh

lepas makan dia sondol-sondol aku like wanna cakap thanx kat aku kot .haha.. baik. mula kesian .ehemm. so aku pun dok biar je la dia lepak- lepak rumah aku. aku tengok dia comot kemain. aku pantang tengok kucing comot-comot ni. rasa nak mandikan aje. then aku siapkan air suam-suam gitu. kasi mandi bersih-bersih siap shower foam Fruitale lagi, ehehh..lap dengan tuala and done !!

bila dah sejuk-sejuk tu mula la nak tidur kan. so starting tu la aku decide nak bela si kucing kecik ni. nak lepaskan balik sure nya dia melekat je kat rumah aku nanti sebab ada orang bagi makan mesti dia tak nak pergi . tak pela peganti Lona . Lona sekarang jarang-jarang sekali balik. ada pakwe baru .Lupa kat tuan dah .
tapi aku tak tau nak kasi nama apa. adik aku nak bagi nama Kiki like ouh macam gurgurl, macam too common. hmm entah la. aku just call 'dak kecik' dak kecik je. heheh . so sekarang aku memang dah sayang pulak kat dak kecik ni . and tak kusangka emak and yang lain-lain macam tak kesah je aku nak bela. hehh. janji aku pandai settle kan 'berry and kenchh' dia..kuikui.

13 June 2014

MYkucing MERLIN pindah Melaka !

Assalamualaikum

Sebelum ni I penah cerita pasal anak kucing yang baru jumpa and then kasi nama Merlin.hewhew dekat SINI. ada membe kata eh macam nama ahli sihir je.haha.

okay seriously bela kucing dekat rumah sewa macam yang kitorang stay sekarang ni tak lar semudah yang disangka.memang pada awalnya beriya-iya nak sesama jaga kat dalam bilik sementara ada lagi beberapa bulan nak habis intern ni.

pakat sedia tempat tidur,beli pasir,beli stok makanan,tuala,syampu,ajar berak kat pasir tapi stil tak semudah itu. sebab apa? sebab kesian sungguh if bela kucing dekat rumah yang jenis bertingkat macam yang kitorang duduk skang.macam tak ada life betol si Merlin.wkwkwk

bila balik je dia ajak main.hehe

lebih kurang 2 minggu Merlin stay dalam bilik kitorang. tak keluar bilik langsung. Pagi pi kerja dia terkurung dalam bilik.sambil tu siap-siap letak stok makanan basah since Merlin tak cukup gigi nak kunyah makanan jenis palet.balik kerja baru lar jumpa. balik-balik je kena tahan bau sikit sebab makanan yang jenis basah ni berbau sikit.memang tak gemo betul.

so setiap kali balik,mesti kena bersihkan bilik dulu even Merlin tak berak merata.cuma risau bila die makan ade terkena tangan kaki dia pastu dia merayap dalam bilik terkena lantai.so nak ilang bau kena bersihkan.

manja sangat-sangat. kasi melting habis


paling kesian bila I dah mula buat overtime. balik pun koman-koman pukul. 8.30 malam. duduk kat ofis sempat lagi terdetik apa lar Merlin buat dalam bilik gaknya.tidur ke,ke ngah jerit-jerit.risau gak budak rumah balik dengar bising-bising.rasa risau ngalah orang ada anak.hewhew.

biasanya dia akan tenung je kita buat apa sampai dia tertidur 

lama-lama tu I dah mula rasa kesian tinggal dia lama-lama dalam bilik.mesti dia bosan terkurung macam tu.kalau layan pun kompem balik malam lepas tu dah nak tidur da.mana taknya, Merlin kecik lagi,kompem dia treat kita macam emak dia.malam-malam kalau I dah tertidur dia akan jerit tepi katil panggil soh angkat dia naik atas katil nak tidur sama.hamboi. tidur tak nak sebelah-sebelah.tidur mesti nak atas I punya leher je.manja sungguh! 

punya tahan mata sampai tersengguk-sengguk.this time, really touches me sebab apa?dia treat me like it's new MOM
lepas mak dia hilang.so dia akan tahan mata perhati supaya I tak tinggal kan dia

lagi satu aku mula rasa cam terbatas if nak pi mana-mana lepas balik kerja .rase cam sian kat dia tinggal sorang tak ada sape tengok.seriously I jenis tak kesah basuh berak kencing mandi bersihkan kucing .no hal.just kesian kat dia.If tinggal rumah teres takpe lagi atleast boleh biar dia berlegar-legar keluar masuk rumah.nak pulak I tak suka kurung kucing.kalau bleh nak kasi lepas je.

masa tu dah rasa campur -campur da.memang nak bela tapi taknak bela kat rumah ni.I try contact membe yang kebetulan ada kat KL now.usha mana tau dorang boleh bagi idea yang membina apa nak buat. sampai ada satu tahap tu rasa nak bagi orang da.nak je PM Malaysian Cat Adoption suh carikan siapa yang sanggup jaga.

ada tu bagi suggestion hantar kat mana-mana club yang buat adoption. ada tu one of my friend sampai berkenan betul Merlin sampai sanggup nak beli.haa masa tu la.menguji I balik and buat I fikir sefikir nya. memang rasa tak nak jual mahupun bagi free.whoaaa.nekad jugak cari jalan yang lagi baik. bawak balik Melaka !yepp finally tu je satu cara.and I nekad bawak balik Melaka.huu.

sanggup pi cari cage baru untuk Merlin supaya senang bawak balik Melaka.
takpe, pelaburan untuk akan datang.boleh guna semua generasi ni.hehe

Alhamdulilah Merlin dah selamat kat Melaka now.atleast ada orang bleh jaga dia.bagi makan ikan fresh.main-main ngan dia.I is senang hati and lega sekarang ni.hehehe.

thanks for reading
farahshahidah

Sent from Samsung Mobile

15 May 2014

Happy Convo 2014 !

Assalamualaikum

Kita datang dari pelbagai negeri
Sabah, Terengganu, Selangor, Perak, Kedah
masuk KBM sebab ikut program penerapan.
yang kita sendiri tak tahu apa betul keputusan kita masuk sini.

ya kita memang 'rare'
orang lain masuk sebab habis diploma.
tapi kita diploma pun tak habis
tiba-tiba lompat masuk degree
masuk-masuk dah tercengang
rasa atas pagar boleh tak harung almost 3 tahun setengah ni

masing-masing masuk dengan cgpa gempak-gempak.
kalau tak gempak tak kan leh masuk penerapan, ye tak?
stil berpuak sebab da biasa sama dengan kengkawan masing-masing masa diploma


awal-awal semester dah buat perangai
satu kelas komplot 
tak siap kerja ada
ponteng kelas ada
suka skip event ada
sampai semua lecturer kenal
hmm kelas tu siapa tak kenal
ya mungkin sebab kita 'rare'

tak ada benda lain boleh ngadap kat KBM ni
tak lain tak bukan beratur panjang lift
aircond sejuk mak datuk
hari-hari pegi kelas
time test tak berapa nak prepare 
bila test dah siap 'senjata'
dapat result pun suam-suam kuku.

dulu rasa lama benar nak habis
walau tak semua bernasib baik
ada yang grad on time ada tak
but it's never mind
rezeki ada dimana-mana

walau dah banyak sem bersama
tapi ada yang tak rapat lagi
bercakap sama pun boleh bilang berapa kali
tapi tetap ingat antara satu sama lain
walau kita tak macam kelas lain
walau susah nak kumpul semua ada
walau ada yang pindah kelas dah hujung-hujung sem
kita tetap kelas A


and today mereka semua konvo
kawan-kawan yang satu kelas dah berapa tahun tah
yang belajar setengah mati dah
yang dah bosan menghadap KBM 
belajar tak habis-habis
akhirnyaa sampai jugak kat garisan penamat.
walau kita tak dapat sama-sama baling topi.
its sokay yang penting akhirnya kita grad!
Allah sudah tentukan haluan kita.


yep aku tumpang gembira.
rasa macam aku jugak ada sama
aku tak regret sebab dari awal aku dah jangka.
lambat atau cepat tak penting

yang penting kau grad
aku pun grad nanti.
InsyaAllah lain masa kita jumpa lagi
bawaklah haluan masing-masing sebaiknya
doakan kejayaan bersama
Degree ni adalah waktu mencabar kita semua mungkin
tapi ada kesenangan di luar sana,InsyaAllah.



Happy Convo Day friends of Bachelor of Accountancy !

loves,
farahshahidah



Sent from Samsung Mobile

13 May 2014

Homemade coklat untuk Hari Ibu!

Assalamualaikum

Actually I tak sure hari ibu hari apa. haha. ada kata 10 Mei, ada kata 11 Mei and ada kata 12 Mei. mana satu eh sebenarnya? but tak kesah lar berapa hari bulan sekali pun. Hari-hari adalah hari ibu. yeah.

I tak pandai sangat buat surprise. eventhough dengan kengkawan sekali pun. so puas dok fikir nakbagi apa untuk mother's day ni ye. nak bagi hadiah time birthday baru syok. plus memang tak tahu nak prepare apa.

sebelum ni ada perasan kawan sekolah rendah dulu ada post yang sekarang dia tengah buat bisnes Homemade coklat dekat rumah. pandai betul buat bisnes. hewhew. so far selalu nampak feedback best daripada customers dia.

nak try order tapi belum tahu lagi nak order sempena apa. kebetulan usha-usha kalendar terperasan paling dekat hari Ibu. so I decided nak bagi cokelat dekat emak!plan kemaen awal padahal hari ibu nya lambat lagi. so far plan menjadi even takde lar plan apa pun. hehe.

taraaaa....



plus tu kad hijau adek baru darjah 1 sungguh-sungguh buat kad untuk mak. hewhew



emak pun suka sangat-sangat coklat tu.. sebab ada gamba emak tetiba. hewhew. manythanks to my friend, Nisa Akmar. you made my day. thank you again. hewhew.

ni masabaru pegi amek dekat Nisa

so kalau rasa nak dedicate something dekat someone boleh lar ubah sikit bagi homemade coklat macam ni. boleh nak request kaler apa, nak tulis apa, letak gambar, nak style macammana semua boleh resquest. harga pun affordable. cokelat pun sedap. hewhew. so mai pakat usha and like page my friend ni :


Anyway wanna wish to emak, ibu, mama blogger semua, Happy Mother's Day!wishing you all the best!huu.
So for my dearest mom, thanks for everything. you are super mom. seorang yang penyabar, kuat and tabah. selalu teaches me about the truth life.. even I seorang anak yang degil,and sometime suka argue balik apa yang mak cakap, but it doesnt mean I tak take note apa yang mak I cakap.huu..Emak will always in my dua' and always un my heart. love her everlasting !

thanks for reading, =D

farahshahidah

09 May 2014

Majlis tunang kat Kelang Lama

Assalamualaikum 

muka aku ni memang tak asing pergi wedding orang tak pun tunang orang. maaf ye diri ini tidak lar rajin mana pergi kenduri kendara. tapi disebabkan antara kawan-kawan rapat or sedara mara punya majlis baru terpacul muka nih. hewhew.

Ahad lepas, aku pergi majlis tunang my friend masa study dekat kolej Kptm dulu. wait! aku baru perasan since ada kat KL ni asek cakap benda kaitan dengan Kptm je.haha. apo apo je la.lulz
iyep si Farah Wahida. heheh.


we'olls kira di cop kembar tak serupa..haha..memang tak serupa pun. haha. Farah ni tak lar rapat gila dengan aku.but kenal and baik aje..sebab dulu si Farah ni sama kelas dengan housemates aku so dengan tak sengaja we'olls kenal.




tapi siapa sangka dah lebih 5 tahun dah pun tetap boleh jumpa lagi. first masa buat mini reunion hari tu. and now masa hari tunang dia pulak !so ber-reunion lar kitorang dekat Klang Lama dengan Amy antara yang rapat dengan Farah. hewhew

close friend. InsyaAllah

Tema tunang Farah ni kaler biru putih camtu lar. jarang sekarang nak jumpa orang perempuan buat tema kaler biru.

one more thing, pelamin mini yang dibuat sendiri. impressive !jimat kos tak payah sewa pelamin mahal-mahal. kalau aku pon prefer buat sendiri. tapi Farah punya cantik even simple. kita just nak.background sarung cincin je pun kan.hew

verangan nak buat sendiri.

hantaran dia pun I'olls suka sebab simple je tapi nampak nice. bagus Farah buat perancangan.hehe. Good Job. tang servis mekap dia mintak aku suggestkan. Import dari Melaka tuu..hewhew. so far even Nonie, mak andam kitew rushing datang rumah mekap, Farah tetap looks so.niceee ..cantek kembar I.

hantaran belah lelaki


Anyway, I wish your relation will ends up with beautiful marriage.InsyaaAllah.amin.. Congrates Farah Wahida. :-)



thanks for reading


Sent from Samsung Mobile

08 May 2014

Jumpa anak kucing baru !

Assalamualaikum

setiap hari Isnin memang antara hari 'lemau' for those yang kerja or belajar.betul kan?kan? so macam biasa bila hari senin malas nak fikir makan apa,balik kerja terus makan kat kedai siap-siap.kalau rajin memasak la ktorg kat umah sewa tuh.

so on that Monday haritu. balik keje mula terfikir kan perut dulu.hewhew.part ni yang susah.nak makan kat mana mesti tak tau. dekat area-area kitorang stay ni banyak je kedai makan.tapi mostly kedai mamak tak pun kedai tomyam.boring -_-

last-last ktorang decide pegi makan dekat One Shamelin yang baru tak baru lar bukak dekat Pandan Jaya. dekat dengan kolej lama I.

lepas makan tu, rasa nak round satu mall tu macam tak ada ape, so we decide balik je trus. masa kat parking dengar kuat gila suara anak kucing terjerit-jerit.

mula lar hati ni rasa tak sampai hati. nak jengah tapi fikir dua tiga kali.but then Zue ajak jengah balik. and yes nampak sekor anak kucing hilang mak terkapai-kapai dalam lopak berair kat situ.kesian nyesss

dah lar baru lepas hujan. mesti kucing tu sejuk.lepas tu siap bersin lagi. Zue tanya aku,nak amek bawak balik tak. aku macam belah bagi. nak tinggal kesian.tengok bulu dia macam 'rare' sikit.

so ktorang carik la kain-kain yang boleh guna nak balut dia. tak hado! then aku korban lar shawl aku buat sementara.hew.

masa jumpa ni memang tengah selekeh


gerak balik tu, zemangat betul kitorang nak shopping barang kucing. hewhew.. betul-betul nak adopt ni.lagi pun kucing tu baby lagi. kat rumah pun tak ada benda boleh kasi dia makan. dengan badan dia kotor lagi. mula la sifat pencinta haiwan ni datang.haha






kitorang siap fikir nak kasi nama apa kat dia.haha.act tak tau jantan ke betina.biasa kucing kalau besar sikit baru nampak jantan betina dia. so since we'olls jumpa dekat OneShamelin, ktorang bagi nama selamat sikit, Merlin. kihkih.okay tak?


Welcome to our home, Merlin. :-P

psst..lepas ni akan ada more update lgi pasal Merlin.hewhew
Sent from Samsung Mobile
Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign