Movie review : The impossible

Assalamualaikum..

pernah tak korang bayangkan bila korang berada dalam situasi seperti mangsa-mangsa tsunami yang pernah berlaku kat beberapa negara pada 26 Disember 2004 dulu...??
sangat menakutkan bukan?and maybe tah hidup ke tidak kita masa tu...
or kalau terselamat pun kemungkinan memeritkan jugak lar...
sebab mungkin kita selamat tapi cedera parah yang sangat teruk..patah kaki ke..apa ke...
or mungkin korang tersangkut kat atas pokok
menanti nasib sama ada mampu bertahan atau pun tidak..or tak pun terpisah dengan femly korang
sorang tercampak sana...and tercampak sini..and korang tak pasti sama ada dorang hidup ke tak...



so semuanya korang boleh saksikan dalam filem 'The Impossible' yang dah pun ditayangkan kat pawagam...
yang mana ia merupakan kisah benar okay..bukan rekaan semta-mata...
kisah yang betul-betul berlaku kat ada sorang femly Maria Belon  yang datang melancong kat negara yang ditimpa tsunami tu...

okay nak brief sikit cerita ni........
ia mengisahkan sebuah keluarga...Maria Bennet dan suaminya Henry Bennet serta anak-anak diorang Lucas,Tomas and Simon yang bercuti sempena Krismas kat Khao Lak, Thailand...
so masa diorang bercuti tu...satu bencana tsunami telah berlaku yang menyebabkan mereka sekeluarga terpisah.. Maria dan anak sulungnya Lucas bertemu semula semasa mereka dihanyutkan oleh banjir akibat tsunami..
dan mereka berusaha untuk survive menyelamatkan diri bersama-sama...
ketika meencari tempat yang lebih selamat mereka telah terjumpa dan menyelamatkan seorang budak kecil Daniel yang juga terpisah daripada keluarganya,.
mereka menyelamatkan diri diatas pokok sehingga la orang kampung yang berhampiran menyelamatkan mereka dan Maria yang cedera teruk dikakinya dibawa ke hospital..

manakala Tomas dan Simon yang merupakan adik-adik Tomas terselamat juga dalam bencana tersebut kerana tersangkut kat pokok..manakala ayah mereka Henry juga terselamat..namun berusaha sekerasnya untuk mencari Maria dan Lucas yang terpisah...
so korang rasa adakah mereka semua selamat dan berjaya bersatu semula?semua ini adalah seperti 'mustahil' tapi itulah yang realitinya.....

okay lar..apa aku suka pasal cerita ni...dia punya side effect sangat mengkagumkan...
agak superb lar bila tang ombak tsunami datang tu terasa lar like ombak tu betul-betul nak pergi kat kita...haha..
lagi satu cerita ni memang kategori cerita sedih lar...and i'm sure kalau yang betul-betul
menghayati akan rasa nak keluarkan air mata jugak la...
terasa macam owh sangat bersyukurnya kita tak berada dalam situasi macam tu...
and rasa betapa gigihnya diorang survive untuk hidup and cari balik femly diorang...
memang agak tersentuh lar...

and kalau korang tengok anak sulung pasangan ni..Lucas..yang baru belasan tahun berusaha menjaga ibunya..Maria...and dia cuba menjadi  anak yang berani ..bersimpati and care..

tapi ada jugak selingan mencuit hati dalam cerita ni...dua-dua adik Lucas tu..Tomas and Simon yang sangat comelesss..haha...aksi dorang kompem berjaya buat korang yang bagus-bagus tengah sedih tetiba rasa nak gelak..hahaha..last je cerita ni..ada tunjuk gambar family sebenar..Maria Belon yang merupakan mangsa sebenar yang terselamat tu...

so filem ni memang best sebab ia adalah true story..so sure korang nak tau cerita sebenar and macamana lar keadaan mangsa-mangsa yang terlibat..pasti menginsafkan korang..moh le tengok ye...
okay aku bagi cerita ni 4/5 lar...hewhew


thanx for reading...

love,
farahshahidah

Comments

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts