Blog Farah Shahidah: January 2013

31 January 2013

apa makna bertudung pada anda?

assalamulaikom semua :)

yes..apa makna bertudung pada korang?ye macam yang kita ketahui memakai tudung adalah satu tuntutan agama kita sendiri..tapi tak semua yang bertudung itu menepati tuntutan agama.. kemungkinan disebabkan faktor sudah terbiasa dari kecik..or maybe dah orang sekeliling nya pakai tudung..that's why pkai tudung jugak.. pernah di tempatkan di sekolah agama..kang keluar tak pakai tudung buat cemar nama sekolah la..ada pulak merasakan rambut tak berapa nak cantik la..tu yang pakai tudung tu..or just sekadar mengikut fesyen al maklom sekarang fenomena fesyen tudung dah menjadi-jadi...and owh aku ni jenis yang 'on' 'off'...

see???macam-macam alasan and niat mereka yang bertudung ini..kenyataan ini bukan lah nak ditujukan pada yang lebih spesifik ke apa..just kesedaran dan peringatan untuk aku jugak...kerana diri ini tahu betapa banyak kelemahan ..owh sadiss...

bagi yang sejak lahiriah dilahirkan dalam keluarga and surrounding yang sangat peka menjaga perintah agama..amat lah mudah bagi anda sebenarnya untuk mengkonsisten kan pemakaian tudung dan anda akan lebih memelihara batasan dan aurat sebenarnya..tu dah kira bonus la pada korang...

tapi pada yang berlatarbelakangkan surrounding yang sederhana like suam-suam kuku..adalah menjadi cabaran sebenarnya buat mereka yang nak konsisten bertudung..tu yang terjadinya pelbagai alasan seperti kat atas tuh...tapi semua ni bukan lah tiket untuk kita tak pakai tudung..nak kena tunggu bersedia lagi..tak mahu dikata pakai tudung tapi bukan baik sangat..etc and etc...

mesti korang pernah rasa or terfikir macam tu kan??kita selalu dengar orang kata pakai tudung tak semuanya baik..kekadang tu lagi teruk perangainya daripada orang yang free-hair ni...bla..bla...and bla..
tu yang membuatkan yang free hair nak kena tunggu bersedia dulu baru nak pakai...

ye aku akui pada "zaman kejahilan' aku dulu..heww..aku pun berpendapat macam tu..rasa macam nak off terus je..beriye2 pakai tapi perangai tak semenggah lagi..tapi tuhan tu maha penyayang and Dia sentiasa menjaga hambaNya..so segala niat bodoh aku tu tak menjadi and sentiasa ada je halangan yang mengelakkan aku buat macam tu...

and akibat selalu dengar most people kata 'baik cabut je tudung tu kalau perangai macam hape'... 'even dia freehair tapi lagi baik daripada yang pakai tudung'.. bla..bla..and bla tuu.. buat aku jadi cam lebih respect mereka yang free hair ni.. and selalu terdetik orang lelaki akan berfikir benda yang sama pada aku..

tapi sekarang tidak lagi.. sepatutnya yang bertudung ni patut prove kan pada semua orang yang kita ikhlas bertudung.. and pada yang free hair..syukur jika anda mungkin lebih baik.. akan jadi lebih suweet jika anda pun bertudung..kerana Allah lebih suka pada orang berbuat dosa tetapi berubah menjadi lebih baik daripada orang yang pada mula baik tapi akhirnya melakukan dosa.. Allah tu maha adil..Dia takkan menghukum hambaNya tanpa sebab..

kalau masih lagi menyalahkan mereka yang bertudung ni lagi teruk perangainya..bertudung tapi masih berbuat dosa bagai..dosa tetap dosa..dan dia tetap mendapat pahala menutup aurat..kat akhirat nanti..yang menentukan kita kemana nanti bergantung pada dosa and pahala kita..setiap dosa kita akan mengurangkan jumlah pahala kita..
so kalau buat banyak pahala sekali pun tetapi tidak menutup aurat..pahalanya akan dikurangkan selama mana dia tidak menutp auratnya semasa hidup sehingga kematiannya..dan sehingga tidak ada lagi pahala yang boleh dipotong menyebabkan kita menjadi 'muflis' dan tercampak ke neraka..

pada yang bertudung..kita tak boleh la rasa kan kita dan cukup hebat dah..dah cukup selamat dah..kerana riak dan ujub itu merupakan dosa..hakikatnya kita kenalah mohon pada Allah meminta keampunan atas dosa-dosa lain agar kita tak diazab oleh Allah di akhirat nanti.. AMIN...

so sama-sama muhasabah diri..memang kita kena selalu muhasabah..peringatan untuk diri sendiri ni..mudah sangat kita lupa..walau pun dah mula sedar tentang semua ni..tapi aku masih lagi tahap yang lemah..i guess..aku menulis tentang ini pu kerana aku rasa aku dah temui jawapan yang sebenar..and membuatkan kita lebih yakin untuk menjawab persoalan-persoalan yang agak common tu..
sama-samalah kita perbaiki dari hari ke hari..renung-renungkan la..hehe..
.

p/s: if adalah kesilapan diharapkan sangat-sangat ada yang sudi menegur,, :)

love,
farahshahidah

29 January 2013

say bye bye 2012..say hye hye to 2013

bismillahirrahmanirahim.....
late updated...hewhew

hi semua...

tanpa kita sedari...kita dah pun meninggalkan tahun 2012...and u know what??aku rasa like tak pernah masuk lagi tahun 2012 nih..haha...begitu dasat aku punya tak perasan..
maybe aku rasa tak de ape sangat yang berlaku kat aku sepanjang 2012 ni..eh ye ke..hewhew... I guess la..

so of course sedikit sebanyak ada jugak kenangan manis and pahit kan?? tak de la sampai tak ada langsung..huu...tapi yang dah berlaku and dah lepas kita biar kan ia lepas... life must go on... tak boleh pandang belakang lagi... 

and FYI..aku tak lar rasa teruja sangat untuk masuk tahun baru ni...2013...
rasa macam eh biar betul..eh belum buat apa-apa lagi da masuk tahun baru...macam-macam la aku rasa...
konklusinya...seriously memang tak bersedia.. kena bersedia ke??? YES !! semangat baru harus kena ada..azam baru..plan terbaru...apa nak dicapai in short term...and in long term.. and kalau boleh...apa kekurangan and kelemahan yang kita lalui sebelum and sebelum ini perlahan-lahan kita perbaiki...cehh..

so if u olls tanya aku...of course aku pun buat wish list untuk tahun baru ni..even belom tentu kita follow kan...at least ada..daripada tak ada langsung..
apa-apa pun aku amat bersyukur ke hadrat Illahi..dengan limpah kurnia nya.. aku mampu lagi bernafas dibumi-Nya..diberi peluang lagi untuk hidup dan menjadi sebahagian khalifah-Nya..

dan secara automatiknya..on 4 Januari yang lalu... genap usia aku 23 tahun...woww..
seriously??? cepat sungguh masa berlalu... and I need to be more serious and lebih matang lagi lepas ni...
umur 23 bagi aku satu perubahan umur yang bukan main-main lagi bagi aku...that's why aku belum bersedia nak masuk 2013 ni...tapi kita pun tahu...masa tu tak boleh di 'stop' kan..or di 'pause' kan...and kita kena face it jugak...I was hoping.. Allah akan permudahkan segala liku-liku hidup aku nanti...AMIN....

apa yang aku nampak pada usia 23 tahun ini... aku makin rasa menghargai setiap doa dan ucapan semua yang wish aku kali ini... cukup dengan doa..without celebrates pun mampu buat aku rasa very thankful and rasa dihargai sangat-sangat...and surely aku sangat mengAMIN kan doa daripada mereka...

mungkin tahun 2012 yang lalu bukan tahun rezeki aku...kerana on that year.adalah tahun di mana aku cuba untuk bangkit and menguatkan semangat balik... and trying to start my new chapter of my life..dush!..haha

okay here..2013..pheww..
antara perkara-perkara yang aku cuba untuk capai dalam tempoh tahun ini...

  • dapat balik my berat ideal -43 kg
  • menjaga ibadah wajib
  • bijak manage my financial
  • memperbaiki diri dari semasa ke semasa
  • ada saving reach Rm1000 ++
  • ada more pets ..ikan ke..kura-kura ke..sugar glider ke..becoz I love pets !
  • pandai jahit manik
  • blogger tegar... Insyaa Allah
  • Decor my room seperti yang diidamkan
  • berjaya hafal lebih dari 2 surah panjang
  • ada rekaan bunga dip sendiri
  • make my own landskap... I love flowers
  • melancong luar malaysia
  • join any usrah or amal
  • makin improve at memasak
  • Insyaa Allah mula menanam minat menulis
  • belajar main gitar *asyik tangguh je
banyak kan?boleh ke aku reach semua wishlist ni??haha..nak seribu daya...tak nak seribu dalih
tapi yang paling aku harapkan..tahun ini menjadi tahun lebih baik buat aku...Insyaa Allah...
semua bergantung pada kita je...mungkin sudah sampai masanya untuk aku lebih serious tentang kehidupan..walaupun kita sendiri tahu perkara yang baik tu la paling susah kita nak buat..tapi Insyaa Allah perlahan-lahan kita mampu buat..
cuma aku mampu doa pada Allah supaya Dia tidak bolak balikkan hati ni..setelah Dia beri hidayah pada hambaNya...Aminn...

hi 2013..
love,
farahshahidah




Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign